Huggies AirSoft Pants Baharu: Solusi Ibu Bapa Zaman Moden, Si Manja Kekal Ceria Sepanjang Hari!

Bila si manja selesa, ibu bapa pun tenang! Huggies kini tampil dengan inovasi terbaru yang pasti menggembirakan ramai keluarga di Malaysia, Huggies AirSoft Pants baharu. Dengan teknologi terkini yang direka khas untuk memenuhi keperluan bayi yang aktif dan ibu bapa yang prihatin, lampin ini bukan sahaja lembut seperti awan tetapi juga memberikan pengudaraan maksima.

Baru-baru ini Huggies menyambut lebih 100 keluarga dalam satu acara penuh keceriaan di taman permainan tertutup sempena pelancaran produk terbaru ini. Anak-anak bebas bermain, merangkak, dan melompat (tanpa gangguan dan tanpa meragam), hasil perlindungan dan keselesaan daripada Huggies AirSoft Pants.   

Teknologi Super AiryZone™ & 360 Cloudsoft™ – Bukan Sekadar Lampin Biasa!

Apa yang buat lampin ini luar biasa? Jawapannya – dua teknologi hebat ini:

  • Super AiryZone™ – Zon pengudaraan di depan, belakang dan tengah lampin memberikan 10 kali ganda aliran udara, membantu kulit si kecil kekal kering dan nyaman, walaupun dalam cuaca panas dan lembap Malaysia. 
  • 360 Cloudsoft™ – Diperbuat daripada gentian ultra-halus (1.2 denier), memberikan kelembutan 150% lebih lembut berbanding versi sebelumnya. Lembutnya, memang terasa macam sentuhan awan. 

Diuji, Dibuktikan dan Disukai oleh Keluarga Malaysia

Dalam acara pelancaran, anak-anak bermain di Terowong Super AiryZone™ dan Kolam Bola Cloudsoft™ – semuanya masih ceria, aktif dan tidak meragam. Ibu bapa turut terasa lega di mana mereka tak perlu risau tentang lampin bocor mahupun ketat. 

Menurut Leong Wei Li, Pengurus Jenama Kanan Huggies Malaysia, “Setiap inovasi kami lahir dari suara ibu bapa. Kami faham cabaran yang mereka lalui – dari tumpahan pertama hingga langkah pertama anak. Sebab itu kami pastikan lampin kami menyokong detik-detik berharga ini dengan lebih mudah dan selesa.”

Dengan gabungan teknologi canggih dan keselesaan yang tiada tandingan, Huggies AirSoft Pants menjadikan setiap detik bersama si manja lebih menyeronokkan. jadi , para ibu dan ayah – take it breezy, baby, bersama Huggies! 

Pelbagai Saiz, Sesuai untuk Semua Peringkat Tumbesar

Huggies AirSoft Pants kini tersedia dalam saiz M, L, XL dan XXL di mana ia sesuai untuk semua fasa pertumbuhan si kecil. Boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya utama dan juga secara dalam talian. 

Untuk maklumat lanjut tentang Huggies dan inovasi produk terbarunya, sila layari: 

Huggies Web Rasmi – http://www.huggies.com.my

Huggies Malaysia Facebook – http://www.facebook.com/HuggiesMalaysia/

Huggies Malaysia Instagram – http://www.instagram.com/huggiesmy/

Huggies Malaysia TikTok – http://www.tiktok.com/@huggies_my