
Peminat makanan Jepun kini ada satu lagi destinasi wajib singgah! Torii Teppanyaki telah dibuka secara rasmi di Pavilion Bukit Jalil, membawakan nyalaan api gril, aroma menggoda dan juga rasa umami yang pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja apabila mereka melangkah masuk ke dalam.
Bertempat di Lot 1.13.00, Aras 1, Zon Merah Jambu, restoran ini menggabungkan konsep dapur terbuka yang hangat dengan seni teppanyaki yang memukau. Setiap hidangan bukan sekadar sajian untuk perut, tetapi juga persembahan yang penuh aksi.
Dengan nyalaan api, sos yang meletup atas plat panas dan aroma yang menggoda, restoran ini bukan sahaja menyajikan makanan, tetapi mencipta persembahan yang menghiburkan dan mengenyangkan.
Kalau anda peminat budaya Jepun atau sekadar nak isi hujung minggu dengan aktiviti yang menarik, festival ini adalah untuk anda, jadi jangan lepaskan peluang!
Apa Yang Buat Torii Teppanyaki Berbeza?
1. Hidangan Ikonik, Penuh dengan Rasa Umami
Menyajikan pilihan menu daripada ayam teppanyaki, daging, makanan laut segar hingga sayur-sayuran berperisa. Semua dimasak panas-panas di atas gril dan dihidangkan terus untuk memastikan setiap pelanggan menikmati rasa dengan penuh kepuasan.
2.Minuman Segar Berinspirasikan Jepun
Lengkapkan pengalaman makan anda dengan pilihan moktel dan minuman fusion berasaskan buah-buahan yang menyegarkan. Setiap minuman direka untuk menyempurnakan rasa dan suasana tidak kira siang atau malam.
3. Gaya Moden Bertemu Tradisi
Sentuhan rekaan dalaman yang tenang dan moden, menawarkan suasana yang ideal untuk makan tengah hari santai atau pun makan malam yang lebih istimewa. Setiap sudut restoran direka dengan penuh gaya, menjadikannya lokasi sempurna untuk bergambar dan mencipta memori indah bersama tersayang.
3. Ada Promosi Eksklusif? Mestilah Ada!
Sempena pembukaan cawangan ke-10, Torii Teppanyaki menawarkan promosi istimewa untuk masa yang terhad. Ini masanya nak ajak bestie, suami atau anak-anak untuk makan sedap sambil nikmati pengalaman makanan Jepun yang luar biasa.
Untuk info lanjut, anda boleh layari website https://linktr.ee/toriiteppanyaki atau ikuti media sosial Torii Teppanyaki di Facebook & Instagram
Lokasi bertempat di:
Torii Teppanyaki – Lot 1.13.00, Aras 1, Zon Merah Jambu, Pavilion Bukit Jalil