Inisiatif Setulus Kasih Jadi Platform Setel x Siti Khadijah Derma Telekung Kepada Rumah Kebajikan & Anak Yatim

Menerusi inisiatif Setulus Kasih hasil kerjasama Setel dan Siti Khadijah, sejumlah telekung bernilai RM100,000 telah disumbangkan kepada 98 buah rumah anak yatim dan kebajikan buat golongan wanita, ibu tunggal dan kanak-kanak yang memerlukan. 

Disokong Setel Express sebagai rakan logistik, empat buah rumah dan organisasi kebajikan utama yang dipilih sebagai benefisiari inisiatif Setulus Kasih ialah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Hijrah, Kompleks Darul Kifayah, serta Yayasan Kebajikan Muslim (juga dikenali sebagai MyFundAction) yang menguruskan 95 buah rumah kebajikan di bawah organisasinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel Express, Faizal Sulaiman berkata pihak mereka berbesar hati kerana inisiatif ini mendapat sambutan yang baik dan bersyukur kerana dapat mengambil bahagian untuk berkongsi keihsanan dengan anggota masyarakat yang kurang bernasib baik. Selain daripada dapat memperlihatkan kualiti perkhidmatan dengan cara bermakna, keceriaan mereka yang menerima juga dapat disebarkan.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkata kolaborasi yang terjalin memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk berkongsi keihsanan yang mana turut memberi kepuasan kepada para pelanggan Siti Khadijah.

April lalu, dengan kerjasama yang sama, pembeli yang membeli di Butik Siti Khadijah boleh membeli sambil menderma apabila memilih aplikasi SetelPay di sana. Boleh baca cerita penuh di: Membeli Sambil Menderma Bila Bayar Guna SetelPay Di Butik Siti Khadijah