Walaupun semakin banyak kelonggaran diberikan sepanjang PKPP ini, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk pakai face mask bagi melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19.

Tidak hairanlah kini pelbagai fesyen pelitup muka yang dijual di pasaran, namun kebanyakannya datang dalam bentuk tali yang digantung di telinga, sekali gus menyukarkan pemakaian bagi wanita berhijab.

Oleh itu, kini timbul pelbagai gaya penyambung pelitup muka (mask extension) di pasaran. Ada yang menggunakan bahan seperti getah atau plastik dan tidak kurang juga yang menjual penyambung pelitup muka yang diperbuat daripada kain atau dikait dengan butang menarik di kedua-dua hujung penyambung berkenaan.

Atas nama fesyen juga, ada penyambung pelitup muka dihasilkan daripada klip kertas dan dikait menggunakan benang bulu.

Namun begitu, konsep kitar semula dan penjimatan belanja yang diamalkan sesetengah individu nyata amat praktikal dan menarik perhatian kerana hanya menggunakan getah dengan kombinasi tag pengikat roti Gardenia sahaja.

Penyambung berkenaan bukan sahaja murah, malah amat kreatif kerana uols hanya memerlukan sekeping tag roti Gardenia dan jika mahu lebih longgar, gunakan dua getah pada kiri dan kanan pelitup muka.

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun