5 Petua Air Paling Mujarab Rawat Batuk, Yang Penting Sedap!

Dengan keadaan cuaca tidak menentu sekarang, mudah sangat batuk menyerang. Bila dah batuk memang tak selesa sebab menganggu aktiviti seharian. 

Nak bersembang dengan kawan-kawan pun tak boleh. Kadang tu sampai berlarutan sehingga menyebabkan datangnya penyakit lain.

Di sini kami ada 3 petua air paling mujarab untuk merawat batuk.

1. Air asam masin

Rasa asam asam masin memang sangat melegakan tekak. Ada orang tak tahan kalau makan terus je asam masin, jadi asam tadi rendamkan sikit dalam air suam. Lagi bagus kalau tak nak tambah gula. Tapi kalau tak mampu nak telan masam-masam tu, bolehlah tambah sikit gula.

2. Air asam jawa

Rendam sikit asam jawa (dalam satu sudu makan) bersama air suam. Minum macam tu je, memang akan rasa lega tekak yang tadi rasa payau sebab dah selalu batuk. Amalkan 3 hari sekali.

Kredit: Lifestyle

Kalau rasa tak rajin bolehlah beli je dekat kedai. Ada jual yang dah siap buat dalam botol. Tapi rasanya tak lah organik macam yang korang buat sendiri kat rumah.

3. Air belimbing

Minum jus belimbing tanpa dicampur dengan gula. Rasa pior belimbing tu akan korang rasa melekat dekat tekak. Jadi tak adalah rasa mual sebab asyik batuk tak berhenti. Kalau tak ada belimbing, boleh gunakan buah lain yang ada sifat masam macam limau. Tak kisahlah limau oren, limau kasturi atau pun limau nipis.

Kredit: Buzz

4. Halia

Air halia memang menu saranan paling popular kalau korang sakit. Campurkan hirisan lemon dan halia dalam sebotol air dan tambahkan madu. Selain daripada melegakan tekak, campuran ini juga boleh buang angin dalam badan tau. Memang berkesan.

Kredit: Healthline

5. Air kola

Korang sendiri tahu kan air kola ni tak baik untuk kesihatan sebab kandungan gulanya yang tinggi. Tapi ada orang percaya (dan terbukti?) ianya mampu menghilangkan batuk. Minum dalam keadaan suam adalah cara paling baik untuk merawat batuk. 

Kredit: Impiana

Tapi sebaiknya gunakan petua ni sebagai langkah alternatif terakhir tau. Silap-silap teguk nanti terus dapat sakit lain.

Mudah sahaja kan? Selain daripada amalkan minum air di atas, korang boleh cuba beberapa tips lain macam berendam dalam air panas, elakkan makanan berminyak dan banyakkan makan buah badam serta madu.

Yang lebih baik, dapatkan nasihat doktor yang bertauliah ya.

Selamat mencuba!