5 teknik solekan untuk tampil lebih muda

Pernah dengar tak mekap menjadikan wajah kita nampak lebih tua? Haa mekap sebenarnya bertujuan untuk menyerlahkan kecantikan kita dan tidak akan sesekali menjadikan muka kita nampak tua.

Kalau ia buatkan muka nampak tua, maksudnya salah teknik solekanlah tu! Memandangkan kita pun akan menyambut Aidilfitri kurang sebulan lagi, Kak Jah nak share teknik solekan yang betul bagi menampakkan wajah tu muda dan segar aje. 

1.   Guna liquid foundation

A person taking a selfie

Description automatically generated

Kalau boleh, jangan sesekali gunakan bedak jenis compact kerana tekstur bedak ini jenis kering dan akan menjadikan wajah nampak tua. Guna bedak asas cecair sebab bedak jenis ni memiliki tekstur ringan dan glowing supaya wajah nampak fresh je.

2.   Elakkan gincu warna gelap

A close up of a person

Description automatically generated

Warna gelap boleh buatkan bibir kelihatan lebih nipis dan tua. Jadi, elakkan memakai gincu warna gelap. Pilih warna pink lembut atau nude untuk tampil muda.

3.   Lentikkan bulu mata

A picture containing underwear, sunglasses

Description automatically generated

Bulu mata yang lentik dan panjang akan menjadikan penampilan keseluruhan nampak muda dan fresh. Lentikkan bulu mata dan sapukan maskara. Tunggu sehingga ia kering sedikit dan ambil semula pelentik bulu mata dan lentikkan bulu mata kali kedua. Hasilnya, mata korang nampak segar dan sangat cantik.

4.   Jangan lukis kening dengan terang

A close up of a person

Description automatically generated

Lukisan kening menggunakan warna yang terlalu gelap atau terang akan menjadikan wajah nampak garang dan tua. Seeloknya, lukis kening dengan perlahan dengan menggunakan pensil kening warna lembut.

5.   Pakai pelembap wajah sebelum mekap

A person wearing a white shirt

Description automatically generated

Sebelum tepek muka dengan bedak asas, pastikan wajah korang dah disapukan pelembap tau. Ini bagi memastikan hasil solekan tu melekat cantik dan tak sememeh sepanjang hari. Pilih pelembap wajah yang sesuai dengan jenis kulit.

Okay selamat mencuba!