Ada setengah orang masih lagi terkeliru dengan fungsi baking soda dan baking powder. Nama yang hampir sama buatkan orang ingat dua bahan ni benda yang sama je.

Jadi hari ni sis nak bagitahu sikit beza antara baking soda dengan baking powder supaya korang tak lagi terkeliru & salah guna.

Kredit: Healthline

Baking soda/soda bikarbonat

Contoh jenama baking soda yang ada dekat Malaysia.

  • mengandungi sejenis bahan penaik iaitu sodium bicarbonate untuk kembangkan biskut & kek
  • bila dicampur dengan kelembapan & bahan asid, tindak balas kimia yang berlaku akan hasilkan buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven
  • bertindak balas dengan bahan diadun adalah cepat jadi pembakaran adunan perlu dilakukan dengan cepat kalau nak bahan masakan ‘naik’
  • kalau terlebih rasa masakan akan jadi pahit
  • biasa guna dalam hasilkan kek, roti atau kuih yang ada guna unsur asid macam yogurt, susu masam, jus buahan, serbuk koko & sebagainya

Baking powder – serbuk penaik

Contoh baking powder yang ada dalam pasaran Malaysia.

  • ada sodium bicarbonate juga tetapi dengan tambahan bahan lain macam agen pengasid (biasanya krim tartar) & agen pengering (kanji)
  • ada 2 jenis – single acting & double acting 
  • single acting – diaktifkan dengan kelembapan, jadi resepi yang gunakan baking powder single acting kena terus bakar lepas dicampurkan. Contoh masakan macam kek
  • double acting – biasa guna dalam kek dan juga kuih kukus macam apam & pau. bertindak dua kali lagi kuat dari single acting

Nak mudah faham, rujuk carta ni.:

Jadi lepas ni at least tak adalah dah salah guna baking soda & baking powder sebab dah ada ilmu ni.

Biasanya yang confuse ni yang jarang buat kek macam sis. Jadi korang yang dah tahu ni bolehlah share dengan kawan-kawan yang masih confuse tu.

Selamat mencuba!

Eh, kalau korang nak tahu, soda bikarbonat juga boleh guna untuk kilatkan kuali tau. Baca dekat sini: 4 Cara Termudah Bersihkan Kuali Hitam Tanpa Perlu Sental