Hello fashionista! Bersiap sedia untuk tingkatkan penampilan anda dengan gaya dari Love, Bonito di The Exchange TRX. Ini merupakan cawangan Love, Bonito yang ke-6 dan terbesar di Malaysia.
Sempena pembukaan outlet terbaharu ini, pelanggan yang berbelanja RM300 ke atas akan menerima complimentary gift*!
Cawangan ini membawa inovasi dan kemudahan untuk pelanggan dengan memperkenalkan electronic queueing system yang pertama dalam industri fesyen di Malaysia. Pelanggan kini boleh terus melayari item yang ditawarkan sementara menunggu giliran ke fitting room tanpa perlu beratur panjang.
Fitting room yang disediakan juga lebih besar dari biasa untuk membolehkan pelanggan mencuba dan menggayakan outfit pilihan mereka bersama ibu atau besties!
Jadi the ‘It Girl’ dengan Love, Bonito
Fokus fashion statement dari Love,Bonito kali ini adalah glittery sequins, iridescent liquid lamé, fuzzy knits and velvety pleather. Ini bukti glamour dan keselesaan boleh menyatu dalam gaya!
Gabungan gaya ini sangat bersesuaian dengan musim perayaan dan keraian hujung tahun. Sama ada untuk Xmas atau year-end party, bersama rakan sekerja atau keluarga, Love,Bonito ada untuk melengkapi setiap penampilan anda!
Kunjungi Love, Bonito terletak di Level 1, L1.29 & L1.29A, The Exchange TRX. Layari https://www.lovebonito.com/my untuk maklumat lanjut.