Masa untuk tambah koleksi emas! Sempena meraikan Tahun Naga 2024, HABIB menampilkan pelbagai koleksi baharu yang indah, seperti Oro Italia 916, berlian, batu permata dan koleksi emas 999.9 edisi terhad.
Kempen perayaan ini diadakan di seluruh bilik pameran HABIB serta di atas talian www.habibjewels.com , menawarkan pelanggan dengan peluang keemasan untuk menyambut hari istimewa ini dengan penuh semangat dan kegembiraan.
Keriangan tahun baharu lebih terasa bersama rekaan emas yang memukau daripada HABIB, Koleksi Clara dari Oro Italia 916 tampil dengan warna yang menyerlah, menggunakan teknik cataphoresis lacquer pada masa yang sama turut mengekalkan mutu emas 916 (22K). Seleksi ini empurna untuk digayakan bersama pakaian tradisional ataupun kontemporari.
Buat penggemar gaya moden, HABIB menawarkan koleksi ekslusif berlian dan batu permata dengan rekaan lebih minimalis untuk melengkapi gaya harian. Seleksi ini juga sarat dengan vibe perayaan untuk digayakan sepanjang tahun.
HABIB turut menawarkan koleksi emas 999.9 edisi terhad ‘Tahun Naga 2024’, termasuk Wafer Syiling Emas, Nota Emas (Gold Note) dan Jongkong Emas. Direka kemas dengan sentuhan warna tuah, merah dan emas, bagi melambangkan kekuatan dan kemakmuran, koleksi-koleksi ini sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai simpanan pelaburan. Koleksi ini juga boleh dijadikan sebagai inisiatif kepada tradisi tahunan pemberian angpao, sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Pada peminat emas, kunjungi bilik pameran HABIB berdekatan bermula hari ini sehingga 12 Februari 2024 untuk melihat sendiri keindahan koleksi Tahun Naga 2024 HABIB. HABIB kini juga boleh didapati secara atas talian di www.habibjewels.com , media sosial Instagram dan Tiktok @habibjewelsofficial serta platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora.