Pelancaran Produk Baby Care Terbaru, ReadyCare Signature, Berasaskan Tumbuhan (Bio) – Selamat, Mesra Alam & Lembut

Pastinya setiap ibu bapa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak dalam semua hal! Apa kata mulakan dengan penjagaan kebersihan untuk mereka. Ibu bapa kini boleh memilih produk penjagaan kebersihan yang selamat, mesra alam dan lembut. Berita gembira untuk semua mak-mak di luar sana! ReadyCare Signature (ReadyCare) kini memperkenalkan barisan produk Baby Care yang terbaru iaitu Baby Bottle & Utensil Cleaner, Baby Laundry Detergent, dan Baby Sanitizer Spray. Semua produk ini diformulasikan dengan bahan berasaskan tumbuhan (bio) bagi menggantikan bahan kimia yang berasaskan fosil. 

Selain itu, ReadyCare Signature adalah jenama Malaysia pertama yang telah memperoleh persijilan berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan juga mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan vegan UK. 

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo berkata, “Menurut garis panduan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang lebih terdedah kepada pendedahan bahan  kimia kerana organ dan sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Rangkaian  produk Baby Care kami direka dengan mengambil kira kebimbangan ini, memberikan pengalaman  yang berkesan, sihat dan lembut, yang boleh dipercayai oleh ibu bapa.” 

Pada masa yang sama, ReadyCare Signature juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Unifood International Pte Ltd bagi mengedarkan produknya di Singapura. Kerjasama strategik ini akan membantu ReadyCare Signature memperluaskan jangkauannya dan menyediakan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak  ramai lagi pengguna di seluruh rantau ini. 

Produk Baby Care ReadyCare Signature kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan dalam talian  menerusi rcsignature.com.my, di mana pelanggan juga boleh memilih model langganan untuk  menerima produk kegemaran mereka.