Pelindung Matahari Baharu Safi Mesra Poket & Pelengkap Rutin Bagi Penjagaan Kulit

Kulit wajah yang sihat, mulus, berseri ini sememangnya idaman setiap wanita! Disiplin dan penjagaan rapi, dua ini yang diperlukan bagi miliki kulit wajah idaman ramai dan bebas kerosakan seperti bintik hitam, penuaan pramatang atau pigmentasi serta tona kulit yang tidak sekata. Selain itu pemakaian produk yang betul dan sesuai dengan wajah turut memain peranan yang penting. 

Sehubungan dengan itu, Safi Malaysia memperkenalkan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++, inovasi terbaru yang dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencerahkan kulit pada masa yang sama. 

Kelainan produk ini ialah adanya 100X Vitamin C, diekstrak daripada Kakadu Plum yang boleh menembusi lapisan dalam kulit (hingga lapisan paling dalam epidermis kulit) untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit. Selain itu, ia diperkaya dengan dua bahan istimewa: Asid Glikolik, yang membantu mengelupas sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel, dan Niacinamide, yang mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata.

Menurut Kazlina Kassim, Pakar Jenama dan Penyelidikan di Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd. “Safi Perfect White Sunscreen dihasilkan untuk memberikan perlindungan matahari yang lengkap tetapi juga boleh menyerikan kulit. Kami ingin memberi pelanggan kami produk yang membantu mencerahkan dan menyerikan kulit mereka, sambil melindungi daripada sinaran UV yang memudaratkan kulit.”

Produk ini dapat mencegah kulit menjadi kusam serta formulanya yang ringan dan tidak berminyak, tidak meninggalkan kesan putih pada wajah serta ia sesuai untuk kegunaan harian dan untuk semua jenis kulit. 

Kini anda boleh dapatkannya dengan harga yang mampu milik iaitu RM19.90, di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan secara online TikTok, Shopee serta Lazada. Sila layari www.safi.com.my untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Safi Perfect White Sunscreen atau ikuti @safimalaysia di Instagram.