Eco-shop Menambah Kemeriahan dengan Pembukaan Kedainya Yang ke-300 di NU Sentral, KL

Satu demi satu kejayaan yang Eco-shop telah lakar dan kini ia menjadi kegemaran ramai dalam mencari barangan keperluan rumah dengan harga mampu milik dan mesra poket. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-21, Eco-shop telah mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2024 yang lepas.

Format kedai ini direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mamu milik. 

“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.

Buat pengetahuan semua, cawangan di NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga dan ia menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM2.40, RM6.00, dan RM10.00. Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 10,000 produk yang tersedia agar pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah. Sejajar dengan komitmen Eco-shop yang ingin memenuhi keperluan pengguna dengan mudah & harga yang berpatutan. 

Anda boleh layari http://www.eco-shop.com.my bagi ketahui maklumat lanjut tentang Eco-shop atau ikuti mereka di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).