Bagi pasangan yang baru berkahwin, korang mesti ada angan-angan dan impian nak miliki anak jantina apa kan? Memang lah rezeki tu Tuhan yang aturkan tapi Kak Jah rasa tak salah kalau plan jantina anak lepas kahwin betul tak? Kalau anak lelaki, seronoklah sebab dia boleh jadi abang sulung dan jaga adik-adiknya. Gituuu.

Okay bagi yang tak tahu, jantina anak yang akan dilahirkan ni ditentukan oleh genetik ayah ya. Ini merupakan satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Newcastle UK dan ia melibatkan ribuan keluarga.

So, kalau si ayah tu banyak saudara mara lelaki, anak yang dikandung tu besar kemungkinan juga merupakan seorang lelaki. Kalau banyak ahli keluarga perempuan pulak, dia pun besar kemungkinan akan dapat anak perempuan.

So, kajian tersebut membuktikan bahawa jantina anak dipengaruhi oleh genetik ayah.

Ayah menentukan jenis jantina bayi dan adakah sperma yang dibawa bapa itu membawa kromosom X atau Y. 

Jika kromosom X bergabung dengan kromosom X ibu maka bayi perempuan yang akan lahir.

Kromosom Y yang akan dikombinasikan dengan kromosom X ibu akan menghasilkan bayi lelaki (XY).

A person posing for the camera

Description automatically generated

Gen diturunkan dari orang tua yang membuatkan seseorang lelaki boleh mendapat anak perempuan atau pun anak lelaki.

Kalau dalam populasi keluarga lebih banyak lelaki, maka biasanya seorang perempuan akan lebih mudah mendapat pasangan sehingga lelaki yang anaknya kebanyakan perempuan akan menurunkan gen mereka membuatkan lebih banyak bayi perempuan yang dilahirkan untuk generasi berikutnya.

So, kalau rasa nak dapat anak lelaki ke perempuan ke, tengok dulu saudara mara suami korang tu ramai lelaki atau perempuan ya. Hehe.