Taylor’s University, universiti swasta terkemuka di Asia Tenggara. Kini berada di kedudukan ke-251 dalam QS World University Rankings 2025, menjadikannya di antara 1% universiti terbaik di dunia.
Pada 9 Januari 2025, Taylor’s University melancarkan program baharu, iaitu Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kesihatan Gunaan, yang bertujuan untuk melatih graduan menangani cabaran kesihatan utama di Malaysia, seperti peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
Semasa pelancaran, panel pakar industri yang terdiri daripada Encik Arieff Aaron Abdullah, Pengarah Invest Selangor – Pejabat Penyelaras Bioteknologi Selangor (S-BIOCO), Profesor Dr. Leong Chee Onn, Pengasas AGTC Genomics, dan Dr. Lee Sau Har, telah membincangkan mengenai peranan penting sains kesihatan gunaan dalam menyediakan penyelesaian yang mampan dan inovatif untuk memenuhi keperluan semasa.
Program 3 tahun ini menawarkan empat bidang pengkhususan utama iaitu:
- Genetik: Pemahaman asas genetik penyakit dan kemajuan dalam teknologi genetik,
- Embriologi: Mendalami perkembangan embrionik dan teknologi reproduksi canggih.
- Neurosains: Meneroka kompleksiti otak manusia, termasuk laluan saraf, hubungan tingkah laku otak, dan gangguan neurologi.
- Pemakanan: Kajian kesan diet terhadap kesihatan, metabolisme, serta strategi-strategi bagi pencegahan penyakit.
Ini bertujuan untuk melengkapkan graduan dengan pengetahuan mendalam, kemahiran praktikal, serta keupayaan penyelidikan.
Graduan juga berpeluang untuk menggunakan teknologi canggih seperti Jujukan Berulang antara Ruang Palindromik Pendek Bergugus Tetap (CRISPR), Antara muka Otak-Komputer (BCI), dan Pensenyawaan in-vitro (IVF) bagi membantu graduan untuk menghadapi cabaran moden dalam penjagaan kesihatan.
Taylor’s University akan menerima kemasukan pertama pelajar pada April 2025, dan pengambilan berikutnya setiap bulan April dan September.
Untuk maklumat lanjut tentang program ini atau info terbaru, sila layari laman web rasmi Taylor’s University.