Keindahan ‘The Joy of Raya’ karya ARTJAMILA menyentuh hati orang ramai dalam kempen ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi’ bersama CARiNG Pharmacy

Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, CARiNG Pharmacy telah menganjurkan kempen ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi’ yang mengangkat nilai inklusiviti dan kreativiti dengan kolaborasi bersama artis autistik Malaysia terkenal, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri atau lebih dikenali sebagai ARTJAMILA, yang kenal dengan karya seni yang penuh warna-warni dan unik di setiap lukisan beliau.

ARTJAMILA telah menyentuh hati orang ramai dengan kreativitinya dalam rekaan sampul duit raya edisi terhad, ‘The Joy of Raya’. Selain meraikan keindahan seni, kolaborasi ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap autisme dalam masyarakat.

Menurut ARTJAMILA, ‘Saya amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan CARiNG Pharmacy kerana kempen ini memberi peluang untuk saya berkongsi seni dan kisah saya dengan lebih ramai orang. Saya berharap karya saya dapat menginspirasikan masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian, kreativiti, dan keindahan inklusiviti.’ Dengan kolaborasi ini, CARiNG berharap kolaborasi ini dapat memberi pendedahan lebih luas terhadap keupayaan dan sumbangan komuniti neurodivergent dalam pelbagai bidang, termasuk seni.

CARiNG bakal melancarkan pelbagai inisiatif baharu dalam masa terdekat seperti program pendidikan, aktiviti interaktif serta promosi istimewa yang selari dengan empat teras utama kempen ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi.’ yang merangkumi sumbangan kepada komuniti, gaya hidup sihat, kepentingan penjagaan diri, serta memenuhi keperluan perayaan.

Bagi menyemarakkan lagi kemeriahan Aidilfitri, CARiNG akan menganjurkan jualan istimewa ‘Syawal di Hati, Kenangan Abadi’ melalui Riang Ria Sale dari 7 Mac hingga 7 April 2025. Kempen ini juga melibatkan kerjasama Georgetown Pharmacy dan Wellins Pharmacy. Pelanggan yang berbelanja RM30 ke atas dalam tempoh tersebut, akan menerima sampul duit raya edisi terhad secara percuma dan promosi menarik untuk menjadikan persiapan raya lebih bermakna. 

Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, pastikan anda ikuti laman sosial CARiNG Pharmacy di Facebook, Instagram, TikTok dan X.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ARTJAMILA, kunjungi media sosial belian di Facebook, Instagram dan X.