Makanan yang wajib ada dalam kabinet dapur? Sudah semestinya snek mahupun coklat! Jadi jangan terkejut apabila setiap kali pergi pasaraya, bahagian snek lah tempat pertama yang dituju dan akan di lebih untuk tambah stok di rumah. 

Buat peminat coklat, ini peluang keemasan yang anda perlu rebut sebab akhirnya Cloud 9 CrispyKrunch baharu telah dilancarkan pada bulan Jun ini. Anda dapat menikmati pengalaman yang luar biasa, penuh keriangan dan mampu menaikkan semangat dengan teksturnya rangup dan rasa yang memikat. 

Sentuhan baharu Cloud 9 CrispyKrunch ini merupakan pilihan ideal untuk menceriakan hari anda pada bila-bila masa, mana-mana sahaja dan sesuai untuk dinikmati bersama keluarga – mencipta momen manis yang menggembirakan. Snek ini sememangnya lembut, berkrim di bahagian luar dan rangup di dalamnya. Ia tersedia dalam dua varian iaitu, setiap Pretzel CrispyKrunch dan Hazelnut CrispyKrunch dengan adanya inti mousse coklat yang lazat, dilapisi dengan Pretzel rangup, Biskut, atau Kacang Hazel, semuanya dibalut kemas dalam lapisan coklat yang halus. Teksturnya yang seimbang, memuaskan dan mampu memikat selera orang ramai. 

Anda boleh dapatkan Cloud 9 CrispyKrunch baharu ini di rangkaian pasar raya dan pasar raya besar utama di seluruh negara dengan harga mampu milik, RM8.90 untuk pek pelbagai 12g x 12 unit dan RM2.60 bagi bar tunggal 32g. Jadi cepat-cepat ke pasar raya yang terdekat hari ini! 
Untuk maklumat lanjut, sila layari web rasmi Jack ‘n Jill’s (http://urc.com.my/) atau ikuti Jack ‘n Jill di Instagram (http://www.instagram.com/JacknJill_MY/) dan Facebook (http://www.facebook.com/JacknJillMY) untuk maklumat terkini.