Jangan biar mabuk hamil atau alahan melemahkan semangat korang mencipta pengalaman indah mengandung sulung.  

Siapa kata jadi ibu tu senang. Susah kau! Mak-mak je tau betapa susahnya jadi ibu. Tapi susah tu datang dengan rasa bahagia dan puas yng tak dapat nak digambarkan. Terutama sekali bila first time tahu kita mengandung. Ya Allah, syukur sangat.

Rezeki akak Allah bagi zuriat masa umur muda. Kelebihannya, badan masih kuat, tenaga banyak. Takde la cepat pancit.

Alahan luarbiasa langsung takde. Craving pun biasa-biasa je. Cuma emosi je over. Ada perempuan kalau mengandung tu, ish ish ish, alahan dia masyaallah, mengidam dia lagi, yang tak masuk dek akal. Tapi itu lah pengalamannya. Setiap perempuan ada cerita yang berbeza-beza. Uniknya pengalaman mengandung kan. Jarang la ada yang sama. Pada korang yang suffer dalam trimester pertama tu akak simpati dik. Akak paham macammana korang rasa. Tapi kena kuat la, kata pun bakal ibu.

Setiap episode waktu mengandung tu ada perasaannya yang tersendiri. Akak punya la excited nak pergi buat buku merah kat klinik kerajaan, sampai tak leh tido malam. Sampai klinik tercangak-cangak macam rusa masuk kampung. Maklumlah first time. Nasib baik nurse klinik kerajaan ni baik-baik (garang sikit tu biasa la, kalau tak ramai la yang mengada-ngada). Dah dapat buku pulak, dok tenung la printout scan baby macam orang jakun. Berbunga-bunga dalam hati. Mula dah plan nak kasi nama apa, nak beli baju kat mana, nak hantar sekolah kat mana. Pendek kata semua nak buat untuk baby yang baru besar duit syiling 50 sen.

A picture containing skyDescription automatically generated
Berbunga hati bila tengok scan pertama baby, terus jatuh cinta

Paling akak jaga masa mengandung dulu ialah makan dan mulut. Ha, penting jaga dua tu! 

Kalau ikut tekak dan selera, abis semua akak nak makan. Eating for two kata omputihnya. Tapi kena ingat, terlebih makan pun tak bagus. Susah nak turun berat badan lepas bersalin nanti. Lain lah kalau korang berduit nak gi slimming centre. Makan tak jaga pun bahaya untuk kesihatan, datang pulak darah tinggi ngan kencing manis nanti. Dah kena buat C-section atau baby kena induce awal. Berpada-pada la yer dik. 

Masa mengandung, mak akak selalu pesan jaga mulut. Cakap benda yang baik-baik jer. Kalau takde benda yang baik nak cakap, banyakkan selawat (rasanya waktu tak mengandung pun baik amalkan ni)

Bakal mommies kena aktif sikit, so akak masa mengandung kuat berjalan. Bina stamina untuk meneran. Memang badan tak larat, terutama bila perut dah makin memboyot. Tapi kena juga rajin bergerak.

Persiapan untuk sambut baby, masuk 7 bulan baru akak. Beli baju, lampin, besen mandi, selimut, katil baby, macam-macam la. Baju sekali beli bertimbun. Tapi akak nak pesan, tak yah la beli banyak-banyak. Sekejap je pakai. Kereta sorong pun tak yah la kot beli yang mahal-mahal (kalau korang masyuk tak kisah ler). Baby ni sekejap jer dia membesar. Banyak barang yang akak beli ada yang tak guna langsung. Bagi la kat orang, at least tak membazir. Simpan nak buat apa.

Baby akak memang tak bagi banyak problem masa dalam perut. Cuma bila waktu nak tidur, masa tu la dia aktif main bola dalam perut (maklum lah boy). Dah la nak dapat posisi yang selesa tu payah (perut besar), bila dah placing, baby pulak main tendang-tendang. Tegang perut! 

A baby lying on a bedDescription automatically generated
Bila baby dah depan mata, hilang semua sakit dan penat meneran

Alkisahnya waktu bersalin, akak deliver seminggu awal. Baby tak sabar nak tengok dunia agaknya. Komplikasi takde jadi akak bersalin normal. Sakit? Sakit giler dik sampai tak tergambar dengan perkataan. Tapi semua tu hilang bila doctor bagi baby kat korang untuk pertama kalinya. 

Akak start mild contraction pukul 4 pagi tapi tak pergi hospital pasal akak masih boleh tahan. Nak jadi cerita sakit tu hilang. Takut ada yang tak kena, pagi lepas sarapan terus pergi jumpa doctor. Bila check, dah bukak 3cm. Nak tak nak kenalah check in wad. 

Sambil tunggu katil kosong (hospital kerajaan dik), akak kena tunggu kat dalam bilik bersalin. Dengar jantung baby sambil tunggu contraction datang lagi. Takutnya Allah je yang tahu. Tak pasti nak rasa macammana. 

Tunggu setengah jam baru ada katil. Elok je nak sorong masuk wad, sakit datang lagi. Rasa nak tercabut tulang belakang dik. Doktor terus suruh jalan sendiri naik katil nak bersalin, tak jadi masuk wad. Gagah la akak ikut cakap doctor.

Nurse masa tu tanya nak panggil suami masuk ker. Akak tolak. Takut tak kuat bila suami ada (yang yer nyer takut akak termengada-ngada). Akak cakap dalam hati tak nak sakit lama-lama. Cakap dengan baby dalam perut supaya dia senang keluar. Jadi, meneran la akak sorang-sorang dalam tu. Nasib baik Allah permudahkan. Tak sampai 1 jam akak dah settle.

Tapi serius, bila orang tanya macammana rasanya bersalin, akak jawab sakit. Tapi bila kita dah peluk baby, bagi dia susu untuk pertama kalinya, lupa macammana rasa sakit tu. Pertama kali dengar baby menangis, akak pun nangis sekali. 

Pada yang tengah mengandung anak pertama atau yang tengah planning untuk mengandung, pesan akak korang kena kuat. Mental dan fizikal. Jangan ‘lembik’ sangat. Jangan degil sangat. Kena dengar nasihat orang tua. Semua perempuan insyaallah akan ada peluang untuk merasa semua tu. Akak harap dapat rasa pengalaman tu balik, tapi masih belum ada rezeki. 

Cerita akak dalam pantang? Itu akak share lain kali yer. Special tu pasal akak berpantang ikut cara tradisional. Tapi itu untuk next time.