Malam Penuh Makna! Lee Jun Young Bakal Temui Peminat di Kuala Lumpur

Penantian telah pun berakhir! Buat julung kalinya, Lee Jun Young, selebriti serba boleh dari Korea Selatan akan mengadakan fan meeting eksklusif bersama peminat di JioSpace at Petaling Jaya pada 30 Ogos ini dan tiket sudah pun mula dijual!

Dengan tema “SCENE BY JUN YOUNG in KUALA LUMPUR”, fan meeting eksklusif ini menjanjikan malam yang intim, penuh hiburan dan kejutan daripada bintang ini khas buat para peminatnya.

Lee Jun Young yang berjaya mencuri hati ramai menerusi drama Weak Hero Class 2, D.P dan When Life Gives You Tangerines akan memastikan acara ini menjadi satu malam yang pasti sukar dilupakan.

Dalam pada itu, fan meeting eksklusif ini bukan sahaja untuk peminat dan Lee Jun Young bertukar sapaan namun anda juga akan disajikan dengan persembahan secara langsung dari bintang ini.

Selain itu, anda juga berpeluang menyertai permainan interaktif, mendengar kisah-kisah di sebalik tabir yang tak ramai tahu serta mencipta momen istimewa bersama Lee Jun Young yang juga merupakan pelakon, penyanyi dan performer yang penuh bakat.


Maklumat Acara:

  • Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025
  • Masa: 6:00 petang
  • Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya

Sebagai tanda penghargaan kepada peminat Malaysia, Lee Jun Young turut berkongsi satu video istimewa khas untuk semua — tonton di sini.Jadi, tunggu apa lagi? Ini masanya untuk anda untuk menyaksikan sisi lain Jun Young secara langsung! Jangan lepaskan peluang anda dan dapatkan tiket sekarang di  https://my.bookmyshow.com/booking/LJYSCENE/seats