Hai ladies! Berjodoh dgn lelaki yg have2 memang syok. Bak kata org, masuk rumah tinggal cuci kaki jer. Tapi berapa ramai lelaki berduit kat luar tu yg masih bujang? Berapa ramai pulak lelaki kaya yg nak pilih kita jadi pasangan hidup? Camner kalau yg datang tu biase-biase jer, apa reaksi korg? Terus reject ker?

Mommy Jay takleh nak jawab soalan tu sebab ai is dah berpunya, hahaha. So korg yg bujang la kena hadap. Cuma sebelum buat keputusan, pikir dulu masak2 yer. Mungkin korg boleh guna pointer kat bawah ni utk bantu timbang tara sama ada nak terima atau tak.

Sebelum & Selepas

Ramai lelaki sebelum bernikah takde harta yang melimpah ruah. Sebab tu org kata di sebalik kejayaan lelaki tu ada seorang wanita yg berdiri dibelakangnya. Mungkin korg adalah wanita tu. Biasa la kalau susah masa baru nikah. Tapi itukan satu proses utk jadi lebih baik. Kalau sama-sama tetapkan goal yg munasabah, tak mustahil rezeki datang menjengah.

Tengok Dato’ Aliff Syukri tu. Masa mula-mula kahwin tak lah senang mana. Tapi berkat usaha dan tak putus asa semua dah berubah. Mungkin korg tak jadi sekaya Dato’ Aliff, janji selesa cukup la kan. Tapi tu lah, korg sebagai pasangan kenalah menyokong dan bagi motivasi yg betul. Barulah menjadi.

Pilihan

Jangan tolak lamaran lelaki hanya kerana dia miskin. Ingat! Kalau dia kaya, mungkin korg bukan wanita yg dia pilih utk jadi teman hidup. Pilihannya mungkin yang dia rasakan sekufu. Anak Tan Sri atau artis barangkali. Tapi pesan Mommy Jay, pilih jodoh jgn sampai jadi bodoh. Takut memilih sangat yg berharta, realiti lepas kahwin tak seindah yang disangka. Biar cari yang berpada-pada, susah senang masih bersama. Untung-untung, 3-4 tahun lepas bersama, ada rezeki jadi kaya raya.

‘Kaya’ ilmu

Kata nak #tilljannah kan, so baik pilih yang berilmu. Mommy Jay tak cakap yg berduit tu takde ilmu agama, cuma kalau lelaki tu tak berharta sangat mungkin kita boleh pertimbangkan bila tahu dia ada ilmu keagamaan. Of coz kita nak yg boleh membimbing kita dan juga anak2 nantikan. Nak PU atau iman muda boleh jer, tapi make sure dia bujang lah yer. Jgn rebut org punya pulak.

Bukan apa, takut kalau yg ada gelaran, bergaji tinggi dan berpangkat ni fokus dia cuma pada mengumpul harta sebab pada dia duit boleh selesaikan segala-galanya. Memang boleh jamin semua keinginan kita dapat, tapi untuk berapa lama? Tapi, kalau dapat kombo berduit dan berilmu itu jackpot yer sisturr!

Asalkan rajin dan ada kemahuan

Kalau ada lelaki yg tak berapa berharta tapi rajin mencari nafkah, rajin belajar, rajin usaha dan rajin beribadah tu kan bagus. Maksudnya dia ada kemahuan dan kesungguhan utk jadi lebih baik. Siapa tahu suatu hari nanti, lelaki ni akan jadi org yg hebat berkat kesetiaan dan sokongan korg.

Ikhlas

Buat apa bopren kaya tapi tiap kali ajak jumpa parent kita banyak dalihnya? Kalau betul ikhlas nak jadikan kita pasangan hidup kenalah gentleman. Berani ajak anak dara org keluar beranilah jumpa ibubapanya yer dakk. Biar tak berharta janji molek hatinya. Lelaki yang ikhlas dengan kita jer akan minta kebenaran sebelum buat planning masa depan. 

Bukan jumpa terus ajak kahwin, cuma kalau parents tahu korg dengan siapa, tak lah diorg risau sgt kan.

So, pada semua single ladies yang tengah mencari jodoh tu, satu je Mommy Jay pesan. Cinta tu tak buta, yg selalunya buat-buat buta tu kita. Cari jodoh bukan macam beli ikan kat pasar tau. Jangan asal nampak ikan besar, poket tebal jer terus melekat. Ada banyak kualiti lain kena ambil kira. Biar lelaki tu tak berharta janji ada usaha dan cita-cita. Ada planning utk sediakan yg terbaik buat kita. Good luck ladies!

Kredit gambar utama: freepik.com