Zumba adalah jawapan untuk gaya hidup aktif, sihat dan FUN!

Gerakan Zumba yang bakal sis kongsi memang mudah dan senang untuk diikuti oleh semua golongan! Dan yang pastinya kalau korang ada simpan AZAM kuruih 2k19, patut la buat ni. Tak boleh la asyik nak ber’impian’ body yang cantic, sihat dan kuruih meletop semata-mata ye haha 

Tak larat nak jogging atau pergi fitness, kita buat Zumba siap dengan lagu best yang tengah HIT sekarang. Baru feel. Lemak lemak pun jadi takut semacam haha

Jom kita start : 

A person sitting at a beach

Description automatically generated

Mula dengan sesi ‘warm up’ atau pemanasan badan

  • Mula dengan berlari anak sebanyak 2 x 8 kiraan
  • Kemudian, bergerak ke kanan dan kiri dengan menyilang kedua tangan dan kaki. Lakukan sebanyak 2 x 8 kiraan dan secara perlahan terlebih dahulu. 
  • Lakukan lagi lari anak atau lari setempat sebanyak 2 kali dengan kiraan 8.
  • Terakhir, bergeraklah lagi ke kanan dan kiri seperti sebelumnya tetapi dengan tempo lebih cepat.

Merengue March untuk lengan dan pinggan lebih ramping.

A person posing for a picture

Description automatically generated
A person in a yellow shirt

Description automatically generated
A person in a yellow dress

Description automatically generated
A person wearing a costume

Description automatically generated
A picture containing clothing, sky, wall, man

Description automatically generated

– Merengue merupakan gerakan pembuka Zumba. Gerakannya terbagi menjadi 2 tahap iaitu statik dan dinamik. Ianya gerakan yang mudah tetapi mampu mengencangkan otot tangan dan membentuk pinggang 

a) Statik

  • Depakan kedua tangan.
  • Tarik tangan kanan ke arah dalam dan bawah. Gerakan ini diikuti dengan ayunan pinggul ke kanan dan kaki kiri bergerak setempat. 
  • Kemudian, Tarik tangan kiri ke arah dalam dan bawah. Gerakan ini dikuti dengan ayunan pinggul ke kiri bergerak setempat. 
  • Lakukan gerakan ini dengan tempo sederhana perlahan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8. 

b) Dinamik

  • Kedua tangan diletak secara horizontal di depan dada. 
  • Tangan dan pinggul bergerak setempat sambil membuka kedua kaki secara satu persatu. 
  • Tutup kedua kaki secara satu persatu tetapi tangan dan pinggul tetap bergerak setempat.
  • Ulang gerakan tutup dan buka kaki ini dengan tempo perlahan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8.
  • Kemudian, cepatkan tempo gerakan ini dan lakukan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8.

2. Salsa : Gerakan wajib yang ada di Zumba

A picture containing person, sky, clothing, young

Description automatically generated

Gerakan salsa ini salah satu gerakan yang menjadi kegemaran di dalam Zumba. Ini dikatakan dapat membuat mood seseorang itu untuk kekal bertenaga dan ceria semasa latihan Zumba. Gerakan ini terbagi kepada 2 iaitu basic dan 2 steps. 

Basic

  • Kedua tangan anda diletakkan posisi secara vertical di depan dada.
  • Buka kaki kanan anda, goyangkan pinggul, kaki, tangan, dan tubuh ke arah kanan. Rapatkan kaki anda sambil tubuh tetap bergerak. 
  • Lakukan langkah yang sama seperti di atas tetapi arah berlawanan. Ulang gerakan tadi dengan tempo perlahan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8. 
  • Kemudian, tangan anda letakkan di posisi di depan dada semula.
  • Gerakan kaki kanan ke depan. Goyangkan tubuh anda seperti gerakan sebelumnya. Rapatkan lagi kaki anda. Gerakan kaki kiri anda ke belakang, goyangkan tubuh. Rapatkan kembali kaki anda sambil goyangkan tubuh anda. 
  • Lakukan langkah yang sama untuk kaki kiri. Tempo perlahan dan lakukan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8. 
  • Campurkan kedua gerakan di atas secara bergilir 1 kali dengan kiraan 8. 

2 steps

A picture containing floor, person, indoor, playing

Description automatically generated

Gerakan salsa 2 steps ini hamper sama dengan salsa basic ke kanan dan kiri. Cuma kali ini anda perlu tambah 1 langkah di setiap arah. Jadinya anda bergerak ke kanan 2x dan ke kiri 2x. Lakukan dengan tempo perlahan hingga laju. Gerakan ini dilakukan sebanyak 2 kali dengan 8 kiraan. 

Gerakan salsa ini berfungsi untuk membentuk bahu yang lebih bidang, pinggang yang lebih ramping dan tangan yang lebih kuat. 

3. Kumbia : Gerakan untuk perut dan paha

Gerakan seterusnya ialah kumbia. Terdiri daripada 3 jenis iaitu basic, sleepy leg dan funk. Setiap gerakan ini dikatakan mampu menguatkan otot paha, merampingkan pinggang dan lengan serta mengecilkan otot perut. 

Basic 

  • Berdiri tegak dengan arah sedikit menyerong
  • Gerakkan kaki kanan ke depan dan belakang sebanyak 1 kali dengan kiraan 8. Hanya hujung jari kaki sahaja yang menyentuh tanah.
  • Kemudian, gerakan tubuh anda secara meliuk-liuk dengan kaki masih digerakkan depan belakang. Lakukan sebanyak 1 kali dengan kiraan 8. 
  • Ulang gerakan di atas untuk tukar kaki dengan jumlah dan tempo yang sama.

Sleepy Leg

Gerakan ini dikatakan mudah. Hanya perlu bergerak ke arah kanan sebanyak 4 kali dan kea rah kiri 4 kali. Tetapi perlu juga menggoyangkan pinggul supaya pinggang dan perut ramping. Lakukan dalam tempo secara perlahan ke laju sebanyak 2 kali dengan 8 kiraan. 

Funk

  • Kaki anda hendaklah dibuka selebar bahu anda.
  • Tangan anda diletakkan posisi vertical di depan dada.
  • Buka kaki kananmu ke arah luar. Saat dibuka, hanya hujung jari kaki saja yang boleh menyentuh tanah. Kemudian, gerakkan tanganmu dari atas ke bawah secara diagonal mengikuti arah kaki yang digerakkan. Lakukan gerakan yang sama  pada kaki kiri.
  • Setelah itu, Tarik pinggul anda ke depan sebanyak 2 kali dengan posisi tangan 90 darjah di depan dada. 
  • Lakukan gerakan tersebut secara berulang kali dalam tempo perlahan sebanyak 2 kali dengan kiraan 8.

4. Cooling Down

A picture containing laying, girl, woman, dog

Description automatically generated

Setiap senaman yang dibuat wajib diakhiri dengan proses ‘cooling down’. Proses ini tak perlu banyak senaman. Anda boleh lari setempat dengan tempo yang perlahan sambil hembus dan lepaskan nafas. Pelbagai gerakan Zumba yang anda boleh buat tetapi gerakan di atas adalah gerakan yang basic ataupun senang untuk mereka yang baru berjinak untuk ikuti. Dan yang pastinya boleh membuat tubuh anda lebih sihat dan aktif.