Cara betul tengok ayam masih segar atau dah tak elok

Kita ni walaupun dah lama jadi surirumah, kita yakin ke kita tau macam mana nak tengok ayam yang dijual di pasaran tu segar ke tak?

Haa Kak Jah masa mula-mula kahwin dulu pun alahai mana reti pilih-pilih ayam lah, sayur lah, tembikai lah nak tengok segar ke elok ke apa ke kan. Hehe. Yelah, kita ni manusia hidup kita ni adalah a learning process. So apa-apa pun kita sentiasa belajar betul tak. Lagi-lagi musim COVID-19 ni. Kak Jah tengok ada je tempat yang menawarkan harga ayam yang tak masukakal murahnya tapi tu lah korang kena check jugak keadaan ayam tu. Buatnya tak elok dah, korang pulak beli banyak-banyak, dah jadi satu pembaziran sebab tak boleh simpan. Eh lahh nak cakap pasal ayam je pun kemain panjang mukadimahnya! Haha.

So harini Kak Jah nak share dengan korang cara nak kenalpasti ayam yang dijual and yang korang nak beli tu elok dan segar ke tak.

Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama. Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak. Ni tips yang baru jugak Kak Jah belajar.

Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

Lalat

If ada lalat yang menghurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini dah tak segar lagi. Hmm Kak Jah rasa tips ni siapa-siapa tengok pun tahuuuu betul tak haha. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar, uols!

Nak baca lagi?
Rahsia masakan santan tahan lama