Perubahan keadaan bentuk payudara sebenarnya cukup penting bagi mengenalpasti tahap kesihatan seseorang. Haa jangan tak tahu, bentuk-bentuk berbeza pada bahagian payudara ni kena diambil serius tau. Kak Jah nak pesan, kenalpasti kesihatan diri berdasarkan jenis bentuk payudara. Jangan ambil remeh tentang isu kesihatan.
Okay so jom tengok jenis-jenis payudara dan apa tandanya kepada tahap kesihatan korang.
– Payudara Membesar
Payudara memiliki sel lemak yang banyak, if korang perasan payudara korang membesar ini berkemungkinan berat bertambah atau korang buat hubungan kelamin yang tidak di lindungi.
Selain itu korang juga berkemungkinan mengandung di mana membuatkan payudara menghasilkan susu. Kelahiran yang di rancang atau perubahan hormon ketika datang bulan juga boleh menyebabkan pertumbuhan payudara. Jadi korang perhatikan saiz payudara, adakah ia semakin membesar?
– Payudara Mengecil
Bagi payudara yang mengecil pula ia menandakan bahawa korang telah mengalami penurunan estrogen atau berat badan menurun. Jika korang perhatikan payudara mengecil tanpa kehilangan berat badan atau mengalami menopaus, korang harus dapatkan pengesahan untuk Polycystic Ovary Syndrome (PCOS).
Selain berkemungkinan masalah polycystic ovary syndrome (PCOS), masalah pengecilan payudara juga boleh berlaku apabila pengambilan kopi berlebihan. Untuk keselamatan, buat ujian dan dapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan diri.
– Payudara Berubah Bentuk
Jika payudara berubah bentuk ia menandakan sesuatu sedang berlaku di dalam tubuh. Tetapi ia juga boleh berlaku kerana sel genetik serta perubahan mengikut umur. Selain itu, isu ligamen yang renggang menghubungkan tisu sel yang putus lalu menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya.
Jika ini semua berlaku, apa yang perlu korang lakukan adalah elakkan turun naik berat badan, bersenam secara kerap dan gunakan bra sokongan untuk membantu payudara melawan daya graviti bumi.
– Benjolan Payudara
Semasa datang bulan, korang mungkin dapat merasai terdapat ketulan atau benjolan pada payudara. Ini menandakan hormon korang sedang meningkat di mana ia mengisi lendir dengan cecair.
Benjolan kitaran haid ini merupakan sesuatu yang normal dan ia akan hilang selepas kitaran haid korang selesai. Walaubagaimanapun untuk mendapatkan kepastian lebih tepat, korang di sarankan untuk berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat kesihatan.
– Payudara Berasa Sakit
Jika payudara berasa sakit ia boleh berlaku kerana beberapa aspek antaranya :
– Hormon tidak seimbang
– Pemakaian bra yang tidak sesuai
– Pengambilan kafein yang berlebihan
– Berlaku trauma di bahagian dada seperti pukulan atau hentakan yang menyebabkan payudara menjadi sakit. Jenis rasa sakit ini akan bertahan dalam satu jangka masa yang panjang. Dan ada pula sesetengah kes berlaku di mana payudara berasa sakit kerana kekurangan zat besi yang akan menyebabkan disfungsi tiroid. Tambahan lagi, menerusi laporan kajian menyatakan wanita yang mengalami sakit payudara di beri 6mg iodine yang mana ia membantu fungsi tiroid.
– Puting Kedalam
Jikakorang di lahirkan dengan memiliki puting kedalam, tidak perlu risau. Puting kedalam ini hanya akan menjadi isu yang merisaukan apabila korang tiba-tiba mengalami puting kedalam.
Puting kedalam menunjukan petanda kanser payudara. Jika korang melihat puting di tarik balik pastikan bentuk yang berlaku bukan di sebabkan pemakaian bra. Untuk mendapatkan kesahihan serta kepastian, dapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor secepat mungkin.
Oleh itu, penting untuk korang mengetahui kesihatan diri dengan memberi perhatian kepada sebarang perubahan yang berlaku ke atas payudara, sekaligus dapat membuat persiapan awal bagi menangani masalah kesihatan dari tumbuh melarat.