Rak TV Guna Paip PVC, murah dan superb!

Bagi mereka yang baru sahaja pindah ke rumah baharu ataupun menyewa, mesti kelengkapan di dalam rumah menjadi tumpuan utama seperti perabot dan perkakas elektrik.

Mungkin ada yang kekurangan bajet untuk membeli barang rumah baru, setelah pindah masuk ke rumah baharu tetapi tidak perlu risau kerana pelbagai diy perabot ada dikongsi oleh orang ramai.

Seorang pengguna laman Facebook, Mohd Akmal Azizi berkongsi melalui page Facebook Tukang Apa Hari Ini cara untuk diy rak tv. Mungkin dari asal nampak seperti rak tv buruk, tetapi setelah dicat kembali pasti mommies pun ingin menggunakannya.

Perkara ini mungkin digemari ramai lebih-lebih lagi orang bujang kerana rak tv yang di buat oleh Akmal ini sangat lah senang dan tidak menelan belanja yang banyak dan paling menarik, ia dibuat hanya menggunakan paip pvc!

Bahan-bahan: 

  • PVC class 7
  • Join 3-way & 4-way
  • Aerosol Spray flat black
  • Rubber wood

Cara-cara:

  • Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
  • Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
  • Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
  • Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
  • Kayu beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong. Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni dalam RM30
  • Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.

Idea yang menarik ini sangat sesuai buat semua. Bagi yang kekurangan idea boleh cedok idea ini untuk dijadikan inspirasi perabot rumah anda. Kos dan bajet pun tidak banyak. Selamat mencuba!

Sumber: Mohd Akmal Azizi

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun