Setiap orang ada teknik masak nasinya yang tersendiri. Sama ada dipelajari daripada generasi terdahulu iaitu mak dan nenek, atau pun melalui internet. Pendapat peribadi kami, semua orang perlu tahu macam mana cara nak masak nasi. Sebabnya nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia.
Kalau nak tahu ada 5 teknik penting yang perlu semua orang tahu masa nak masak nasi.
1. Sukatan cawan
Ada orang lebih selesa menggunakan cawan untuk menyukat air beras supaya tak adalah rasa ragu-ragu dan risau sama ada nasi lembik atau keras. Formula terbaik sukatan cawan untuk beras ialah 1 cawan beras = 1 ½ cawan air.
2. Gembur nasi
Kalau nak nasi elok cantik, gemburkan nasi korang bila air dah kering. Masa gembur tu, nasi akan masak dengan sekata. Jangan kasar-kasar sangat nanti habis hancur nasi jadinya.
3. Teknik 3 kali cuci
Kena tahu lagi banyak kali korang cuci beras, lagilah tahan lama nasi korang nanti. Minimum biasa orang basuh 3 kali. Kalau korang cuci beras kurang daripada 3 kali, kanji dalam beras akan terlalu banyak. Kesannya nasi cepat basi.
4. Guna jari hantu
Ini memang klasik. Mak mak kita memang akan ajar anak-anak guna jari hantu untuk sukat air beras. Ada je yang gunakan tapak tangan dengan ibu jari, tapi bilangan yang gunakan jari hantu lebih banyak. Cara sukatannya, sukatan air perlulah berada pada satu ruas jari.
5. Masak gunakan periuk nasi
Kalau korang boleh masak nasi atas dapur memang powerlah. Orang sekarang memang guna periuk nasi je sebab suhu periuk nasi sekata jadi tak perlu main dengan api besar atau api kecil.
Kalau tak ada periuk nasi, korang kena masak nasi awal-awal guna api besar, bila air dah agak kering, kena gunakan api kecil supaya nasi tak hangit. Kena juga selalu gaul supaya nasi cantik je.
Dengan 5 teknik ini, semua orang yang tak pandai masak nasi boleh jadi pandai. Tak pandai boleh belajar.
Selamat mencuba!
Kredit gambar utama: MakanLena