Bintang lucah akui akan tiduri saintis pertama yang jumpa penawar Covid-19

Wah ternganga besar Kak Jah bila baca tajuk ni.

Gitu lah, semua orang depressed dan tertekan dengan keadaan dunia sekarang sampai seorang bintang filem lucah dari Rusia, Lyubov Bushuyeva atau lebih dikenali dengan nama Lola Taylor buat pengakuan akan tidur dengan sesiapa sahaja yang berjaya menemukan penawar virus Covid-19 ni!

Aiyooo statement gini memang buatkan ramai yang berlumba-lumba dan tetiba mengaku diri saintis atau tetiba nak ubah kerjaya jadi saintis! Betul tak? Oops!

Statement macam ni jugak menjadi motivasi ke macam mana? Haha.

Kata Lola, dia terpaksa mendapatkan servis penghantaran makanan sepanjang tempoh berkurung ni dan itu menjadikan dia tertekan sebab susah nak dapat snek yang dia suka.

Kak Jah baca lagi, Lola cakap dia buat pengakuan tu sebab tertekan kena duduk rumah di Moscow sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni. Yelah, bagi individu macam diorang ni, itulah mata pencarian diorang. Kalau dah kena duduk dalam rumah berkurung, macam mana nak dapat gaji kan.

Memang lah dia stress. Kata Lola, “people are suffering”.

Betul tu Lola, semua orang sedang menderita kan. Apa-apa lah Lola, Kak Jah harap Lola ajelah yang offer servis sebegitu.

Engkorang kalau jumpa sesiapa yang berjaya sembuhkan virus Covid-19 ni jangan gatal-gatal offer servis sama pulak! Ni Malaysia ye jangan macam-macam hahaha.