“Cinta pada dirimu

Adalah cinta terakhirku 

Sampai hujung nafasku 

Tetaplah kamu

Jadi wanitaku 

Wahai bunga dahlia…”

Beruntungnya lah seorang wanita bernama Dahlia bila namanya jadi bait-bait indah dalam lagu hasil ciptaan bersama Imran Aqil dengan Aiman Sidek. Diinspirasikan dari kisah cinta yang membawa ke jinjang pelamin Imran Aqil, Bunga Dahlia adalah kejutan buat isterinya, Dahlia Rizal.

Pasangan selebriti Imran Aqil dan Dahlia Rizal ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu.

Lagu Bunga Dahlia merupakan kolaborasi susulan selepas Imran membintangi muzik video lagu Cinta Sejati, ciptaan dan nyanyian Aiman Sidek yang telah mendapat jumlah tontonan lebih 15 juta di saluran Youtube 4U Entertainment. Imran juga membuat penampilan dalam lagu Bunga Dahlia tersebut melalui sebuah puisi khas buat isterinya yang tercinta, Dahlia Rizal.

“Lagu Bunga Dahlia adalah curahan hati saya kepada bakal isteri, Dahlia Rizal, ketika ianya ditulis. Kini, kami telah menjadi pasangan yang sah membuatkan setiap bait dalam lagu ini menjadi semakin bermakna kepada saya untuk Dahlia. Diharapkan agar semua dapat mendoakan kebahagiaan kami sampai ke hujung nyawa, seperti yang dititipkan dalam bait-bait lagu ini,” jelas Imran Aqil.

Aiman Sidek, penyanyi dan penulis bersama lagu ini berkata, “Bunga Dahlia merupakan sebuah karya yang ditulis dan dipersembahkan bersama dengan bekas peserta Hero Remaja ini yang berkisar tentang keinginan seorang pencinta yang mencurahkan segala rasa dan perasaannya kepada kekasih hatinya, Dahlia yang dimetaforakan sebagai sekuntum bunga yang sentiasa mekar dalam jiwa yang mencintainya, iaitu Imran.”

Menurut Meor Alfaizal dan Raja Azraff yang merupakan Penerbit Eksekutif bagi pihak 4U Entertainment, pihaknya membuka peluang kepada pasangan kekasih terutamanya yang bakal mendirikan rumah tangga serta ingin berkolaborasi menghasilkan buah tangan istimewa sempena hari bahagia buat pasangan masing-masing. Hubungi 0123989828 untuk perbincangan dan maklumat lanjut.