Coretan

Perkongsian resepi, tutorial, petua, senaman/riadah dan ceritera untuk bacaan semua terutama kaum wanita.

Ayam dijual RM1 penangan panic buying covid-19

Dalam keadaan Malaysia yang diperintahkan untuk kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac, ramai yang berpusu-pusu membeli barang keperluan rumah supaya tidak keluar sesuka hati keluar dan merayau berikutan virus yang sedang menular sekarang. Ini kali pertama berlaku dalam negara kita, sampaikan Cik Ju takut dengar berita yang disampaikan Perdana Menteri semalam. Rasa seram sejuk, … read more

Uols ingat wanita tak boleh jadi hebat macam Aliff Syukri ke?

Walaupun Datuk Seri Aliff Syukri ni banyak kontroversi tentang publisiti mengenai kehidupan dan perniagaannya, tapi tetap ramai pengikutnya, sebab akan ada je perkara pelik yang dilakukan. Semua itu Cik Ju faham, untuk melariskan perniagaannya dan tak nak bagi Namanya tenggelam sekaligus orang ramai akan melupakan dirinya. Walaupun dikecam teruk, tapi Aliff Syukri tetap buat muka … read more

Kandungan skincare untuk target skin concerns

Kalau selalu kita kongsi tips penjagaan wajah menggunakan bahan dapur kan, kali ni Kak Jah nak kongsikan dengan korang bahan-bahan dalam produk skincare yang mempunyai fungsi tertentu bagi merawat wajah.  Maklumlah kita ni memanglah ada je bahan-bahan nak DIY skrub muka lah, masker muka lah tapi masa tu yang takde betul tak? Okay so jom … read more

Gosok gigi 2 kali boleh kena diabetes!

Hi Mommies, cuba fikirkan balik, uols kalau dekat rumah mesti jaga kebersihan anak, mandikan dengan bersih dan gosok gigi mereka paling kurang 2 kali sehari, kan? Sebenarnya cara itu salah, sebab karies masih boleh tumbuh dengan banyak pada gigi anak korang, malah boleh juga menyebabkan sakit gusi. Cara yang paling berkesan adalah mommies perlu gosokkan … read more

Ella dilamar sekali lagi?

Cik Ju tengok semenjak Ella artis rock negara tu dah berhijab, mencurah-curah rezeki dia masuk, kita tahu semua dia kahwin agak lewat berbanding wanita lain, tapi dia sangat happy dengan kehidupan sekarang. Yelah dulu single, sekarang dah ada suami tercinta, lepas tu ambil anak angkat seorang, Cik Ju tengok dia selalu share tentang cerita yang … read more

Ikut tips ni untuk kening bayi yang cantik

Kening ni memang penting sesangat dan bagi Kak Jah, ia akan membingkai wajah korang dengan cantik. So, dekat sini, Kak Jah nak share dnegan korang tips untuk bagi kening baby cantik terbentuk sampailah baby korang tu besar. Kebanyakan wanita zaman dulu menggunakan beberapa kaedah untuk membentuk kening bagi mereka. Tidak dinafikan petua lama kadang kala … read more

12 tips berkesan turunkan 2kg seminggu

Hello everyone! So harini Kak Jah malas cakap banyak, nak share dengan korang tips nak kurangkan at least 2 kilogram seminggu. 2 kilogram seminggu ni antara tips turunkan berat paling selamat ya.  1. Pilih kualiti daripada kuantiti Fokus pada makanan berkualiti yang memiliki nutrien padat dan mampu buat kamu rasa kenyang. 2. Track diet korang … read more

Kulit cantik persis ratu Thai dengan beras pulut

Pernah dengar tak, wanita Thailand memiliki kulit yang putih, bersih dan halus. Betul tau, kulit diorang ni memang cantik dan bersih sangat. Haa nak tahu rahsianya? Senang je! Wanita Thailand especially puteri-puterinya yang dulu memang mengamalkan bahan tradisi je iaitu tepung beras pulut untuk mencantikkan kulit. Siapa sangka, banyak faedah daripada beras pulut ni. So … read more

Petua stok bahan basah tahan lama

Okay buat mommies yang bekerja, Kak Jah tau korang suka simpan stok bahan basah untuk mudahkan kerja korang kan? Contohnya, simpan cili kisar, bawang kisar atau halia kisar supaya kalau balik kerja nak menumis masakan dinner tu, zassssiap. Cepat dan mudah. Tapi, korang tau tak ada cara nak simpan dan kekalkan kesegaran bahan-bahan tumisan ni? Yelah.. Kita buat bahan tumisan ni awal-awal sebab nak mudahkan kerja. Kalau salah simpan, jadi rosak pulak, dah satu kerja pulak nak tumis baru. Sudahnya, korang order makanan segera je agaknya? Hehe. Okay so meh sini Kak Jah share tips pastikan bahan-bahan macam ni tahan lama dan cepatkan kerja. 1. Stok bawang kisar Stok bawang kisar ni korang kupas dan basuh bersih-bersih. Lepas basuh, simpan dalam bekas kedap udara yang bertutup. Bahagikan kepada dua bekas tau, satu untuk kegubnaan harian, satu lagi letak dekat tempat frozen. Senang nanti nak gunakan bila nak menggoreng okay? 2. Stok cili api Stok cili api ni nak simpan senang je tapi ramai silap buat. Kalau Kak Jah, Kak Jah akan basuh cili api bersih-bersih dan buang tangkainya. Kemudian, letakkan dalam bekas bertutup yang dialas dengan tisu dapur. Then, letakkan beberapa ulas bawang putih untuk memastikan cili tu kekal segar dan tak cepat lembik. 3. Stok cili api kisar Yang ni untuk cili api kisar pulak ya. So, basuh bersih-bersih dan kisar bersama sedikit garam. Garam ni untuk kekalkan kesegaran. Letakkan satu ulas bawang putih dalam bekas cili kisar tu untuk bagi dia tahan lama. Haa ni untuk korang masukkan dalam cili kicapp atau nak buat sambal tempoyak dengan mudah. Tak payahlah nak kisar-kisar lagi kan. 4.  Kunyit, halia, lengkuas​ Bersihkan kunyit, halia dan lengkuas. Letak dalam bekas bertutup yang diisi dengan air. Kemudian, tukar air setiap dua minggu. Memang tahan lama! 5. Bunga kantan dan serai Diorang-diorang ni korang kena basuh bersih-bersih dan letakkan dekat bahagian frozen tau. Haaa ramai tak tahu kan? Nak masak nanti, korang defrost jelah dan masak macam biasa.

Mee goreng mamak yang sedap dan mudah

Ish petang-petang macam ni teringin pulak nak makan mee goreng mamak. Mamak bawah rumah Kak Jah ni sedap je masakan dia, kira kenalah dengan selera Kak Jah ni tapi kalau boleh masak sendiri, kenapa nak beli, ye tak? Rahsia kesedapan mee goreng mamak ni terletak kepada rempahadunan dia tu dan telur yang dipecahkan semasa menggorengmee. Haa harini Kak Jah share dengan korang resipi mee goreng mamak simple tapi memang sedap untuk korang pulak cuba. Resipi ni daripada Saji.my. Bahan-bahannya : Mee Kuning 450 g (5 orang makan) Lada kering * Bawang merah * Bawang putih * (bahan-bahan bertanda * korang kisar bersama okay) Bahan rencah : Sayur sawi Taugeh Fish cake dan fish ball Sotong atau udang Telur 2 biji Kicap (6 sudu besar) Sos seafood adabi (2 sudu besar) Sos cili (2 sudu besar) Perencah Maggi Kari (setengah paket) Garam (secukup rasa) Cara memasak : 1. Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing. 2. Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggikari dan sedikit air. 3. Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball. 4. Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak. 5. Siap! Sedia untuk dihidang dan ngap! Wah, mudah betul ya untuk masak mee goreng mamak ini. Pastikan anda mengikut resepi ini langkah demi langkah. Confirm … read more