12 tips berkesan turunkan 2kg seminggu

A person wearing underwear

Description automatically generated

Hello everyone! So harini Kak Jah malas cakap banyak, nak share dengan korang tips nak kurangkan at least 2 kilogram seminggu. 2 kilogram seminggu ni antara tips turunkan berat paling selamat ya. 

1. Pilih kualiti daripada kuantiti

Fokus pada makanan berkualiti yang memiliki nutrien padat dan mampu buat kamu rasa kenyang.

2. Track diet korang

Jot down apa yang korang makan pada hari ini. Percayalah, korang akan bersemangat untuk kurangkan berat badan apabila korang sedar berapa jumlah kalori korang makan pada hari itu. 

3. Fokus pada tumbuh-tumbuhan

A person sitting at a table with food

Description automatically generated

Vegan diet sebenarnya membantu kamu menurunkan berat badan dengan mudah kerana diet plant-based ini boleh membuat kamu kenyang lebih lama.

 4. Pilih karbohidrat glycemic yang sikit

Indeks glycemic makanan merujuk pada bagaimana kepantasan gula dalam peredaran darah dan bagaimana makanan dihadam secara perlahan. Makanan dengan glycemic yang kurang daripada 55 (sayur hijau, buah-buahan, lobak mentah dan lain-lain) memiliki metabolisme yang tinggi di mana ia mudah menurunkan berat badan. 

5. Tukar kepada makanan kecil

Misalnya, snack bar yang korang selalu makan itu, tukarlah kalori yang lebih rendah daripada sebelumnya. Apa-apa makanan yang korang pilih, pastikan ia sesuatu yang boleh diikuti dengan sedikit perubahan makan melalui tempoh masa yang lama, dan bukannya bertahan satu minggu saja. 

6. Jangan skip makan

Kalau korang tahan lapar, semakin laparlah kamu. Kelaparan, food cravings dan rasa mengantuk itu akan mengundang kamu makan makanan berlemak dan gula yang tinggi.

7. Lebihkan lean protein

A bunch of different types of food

Description automatically generated

Sumber makanan protein seperti dada ayam, white fish dan tenusu rendah lemak mempunyai kalori yang rendah. Lagipun korang dapat meningkatkan tenaga apabila menghadam protein berbanding lemak dan carbs.

8. Pilih serat karbohidrat yang tinggi 

Ia mengekalkan keseimbangan kadar gula dalam darah serta pengambilan serat membantu penurunan berat badan. Sebab itu pilihan terbaik adalah whole grain berbanding roti putih.

Banyakkan minum air

9. Kurangkan minum air bergula okay!

 10. Berusaha untuk menangani stress

A picture containing person, man

Description automatically generated

Kadangkala bila korang stress, mesti rasa nak makan, kan? Sebab cortisol iaitu hormon stress memberi kamu kecenderungan untuk makan makanan lemak dan bergula. Jadi, apabila tertekan, pergilah meditasi atau dengar lagu. 

11. Tidur lebih 30 minit setiap malam

Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme semakin perlahan. Lebih kerap korang terjaga waktu malam, lebih tinggi peluang untuk korang buka peti ais dan makan! 

12. Bersenam tapi tidak berlebihan

A picture containing person, wall, indoor, floor

Description automatically generated

Sebenarnya, ia mengambil masa berminggu dan berbulan untuk melihat kesan metabolisme ketika bersenam dan membina otot pada masa yang sama. Walaupun membina otot akan menambah berat badan kerana ia lebih padat berbanding lemak badan, tapi bersenam membantu jantung, kesihatan mental dan lain-lain.