Kalau Cik Ju berjalan santai dekat area Negeri Sembilan, mesti Cik Ju nampak ada orang jual buah naga kiri kanan.
Biasanya Cik Ju akan beli, kopek then makan macam tu je. Tapi Cik Ju ada perasan satu resepi menarik dan mudah sangat-sangat untuk korang pun try!
Tak sabar balik ni Cik Ju nak try buat laaa..sebab Cik Ju suka sangat dengan buah naga ni. Sebab mengandungi vitamin B3, vitamin C, serta kaya dengan asid lemak dan fosforus. Buah naga mempunyai banyak manfaat antaranya membantu meningkatkan kesihatan jantung, menstabilkan tahap gula dalam darah dan mengurangkan risiko kanser.
Selain itu ia mampu cerahkan kulit, hilangkan jerawat and buat korang lebih awet muda! Tak nak ke?
Apa kata anda cuba resipi puding buah naga susu perkongsian pemilik akaun Facebook Nurhayati Abd Malek.
Bahan yang diperlukan:
- 1 biji buah naga (isi merah)
- 20 gram agar-agar bertali (1 paket)
- 750 ml susu cair
- 750 ml air kosong
- 1 cawan gula kastor (boleh kurangkan mengikut citarasa)
Cara penyediaan
1. Kupas buah naga dan potong kiub atau kecil. Ketepikan dahulu.
2. Sementara itu, masukkan agar-agar ke dalam air dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
3. Setelah agar-agar hancur, masukkan susu cair dan gula.
4. Kemudian kacau sehingga adunan larut dan sebati. Pastikan sentiasa dikacau supaya adunan tidak berketul.
5. Seterusnya, masukkan buah naga dan kacau.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
Kredit gambar: Facebook Nurhayati Abd Malek
Puding buah naga susu sedia untuk dinikmati. Enak dihidang sejuk, rasa puding buah naga susu memang menyegarkan dan pasti digemari seisi keluarga.