Sering disajikan dengan pilihan gula merah atau gula putih, sebenarnya Taufufa ini tidaklah serumit mana pembuatannya. Uols boleh homemade taufufa ini dan ianya tidak memerlukan bahan yang banyak. Cara pembuatannya juga tidaklah renyah.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • 1 Kotak Susu Soya
  • ½ Paket Agar-agar Tali
  • Gula Melaka

Cara-Cara:

  1. Didihkan secawan air dalam periuk yang bersesuaian
  2. Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga larut. (Di sini kena pandai adjust agar-agar, jangan terlalu banyak kerana tekstur akan menjadi seperti pudding)
  3. Masukkan air soya untuk beberapa minit ke dalam didihan agar-agar dan air tadi. Tutup api.
  4. Tapis kesemua bahan tadi dan masukkan ke dalam bekas.
  5. Simpan bekas dalam peti sejuk

Untuk gula Melaka, didihkan air dan gula Melaka, letak daun pandan sekiranya nak wangi. (Di sini skill untuk adjust kepekatan gula dan air mainkan peranan ye. Kalau pekat, tambah sikit air dan sebaliknya)

Hidang taufufa dari peti tadi bersama air gula!

Siap!