Dikawal Rapi Dalam Bilik Kebal, Akhirnya Resepi Ayam KFC Terbongkar!

Sebab tak semua orang mampu nak beli KFC hari-hari, ramailah yang come out dengan resepi ala-ala ayam KFC. Campur bahan itu, campur bahan ini. Outcome dia dapatlah ayam yang rasa ala-ala ayam KFC.

Tapi lepas ni dah tak payah ala-ala. Terus je betul-betul sebab resepi sebenar ayam KFC dah terbongkar!

Kredit: The Verge

Semua orang tahu yang tagline resepi KFC ialah daripada 11 rempah dan herba misteri untuk rasa ayam yang unik. Dan ianya pun dikawal ketat supaya tak terbongkar dan tak adanya cubaan untuk saing bisnes dorang.

Tapi lepas 57 tahun KFC ditubuhkan iaitu pada tahun 2009, satu nota tulisan tangan Colonel Sanders000 berisi resepi ayam KFC dah terbongkar. Yang mana dalam tu ada senarai 11 rempah dan herba yang digunakan dalam hasilkan ayam KFC.

Bahan yang digunakan dan dicampurkan dalam adunan 2 cawan tepung gandum:

  • ⅔ sudu besar garam
  • ½ sudu besar daun thyme
  • ½ sudu besar daun basil
  • ⅓ sudu besar oregano
  • 1 sudu besar garam saderi
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar biji sawi kering
  • 4 sudu paprika
  • 2 sudu besar garlic salt
  • 1 sudu besar serbuk halia
  • 3 sudu besar lada sulah

Tapi sebelum daripada pendedahan nota tulisan tangan ni, seorang penulis, William Poundstone ada buat pendedahan dalam buku tulisan beliau pada tahun 1983.

Dia siap bawa ayam KFC pergi makmal dan uji bahan apa yang digunakan dalam penghasilan. Hasilnya, bukan 11 tapi hanya 4 bahan yang dijumpai – tepung, garam, lada hitam dengan MSG.

Kredit: detik.com

Lepas je keluar hasil makmal, William masa tu pun bagitahu sebenarnya tak ada rempah pun yang digunakan dalam resepi ayam KFC seperti yang diiklankan.

Tapi kenyataan William ni disangkal sekerasnya pihak KFC yang tetap pertahankan rumus 11 rempah tadi.

Tak kisahlah mana-mana pun, tapi tak salah kan kalau kita cuba resepi daripada nota tulisan tangan tu? Rasa tengok senarai rempah tu, dah boleh bayang bau hasil bila ayam digoreng tu macam mana.

Semerbak baunya! Selamat mencuba!