Kesan parut akibat pembedahan Caesarean antara kenangan seumur hidup yang meninggalkan kesan mendalam terhadap mommies yg melahirkan bayi secara pembedahan.
Tapi jgn risau, ada cara untuk mengurangkan kesan parut dan membantu merawat keloid dengan berkesan:
1. Krim vitamin E
Penggunaan krim vitamin E mampu menghilangkan rupa parut dengan menghalang tisu parut daripada berkembang.
2. Madu
Madu cukup terkenal sebagai bahan semula jadi untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Sapu madu asli pada parut dan urut lembut lebih kurang 30 minit.
Bilas dengan air dan lakukannya sebanyak dua kali sehari selama beberapa minggu bagi mengurangkan bengkak, bekas keloid dan membantu perkembangan tisu baru.
Madu juga mampu merawat sel mati pada kawasan luka, meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
3. Urutan
Mengurut dengan losyen pada bahagian parut menggunakan tekanan yang lembut secara perlahan-lahan beberapa kali sehari mampu melembutkan parut dan memecahkan tisu parut.
4. Bawang putih
Ambil dua ulas bawang putih dan sapukan pada bekas parut selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan lap sehingga kering. Lakukan sebanyak dua kali sehari. Bawang putih dapat membantu penyembuhan luka dan bekas keloid.
5. Aloe vera
Gel aloe vera atau lidah buaya mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang mampu membantu penyembuhan keloid pada tahap awal, mengurangkan rasa sakit dan juga keradangan.
Caranya, potong daun aloe vera dan ambil gelnya. Bersihkan kawasan keloid dengan air suam dan sapu gel aloe vera pada bahagian tersebut. Biarkan selama 30 minit dan bilas bersih. Lakukan sebanyak dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.
uols mungkin berminat baca:
Pakai benda ni boleh buatkan bibir uols jadi mungil dan sexy!
Nak rehat berdua dengan suami tanpa gangguan anak? Ini caranya