Pakai face mask tetap tak selamat, wanita ini jatuh pengsan di mall tiba-tiba…

Memang tak ada vaksin yang boleh hapuskan koronavirus ni dik oi, korang dah taw benda macam ni bahaya tapi korang masih lagi nak keluar, kan? Orang dah cakap jangan keluar, nak jugak keluar.

Sama la dengan kawan Cik Ju ni, petang tadi dia keluar pegi ke Mall di area KL, sorang diri pulak tu, marah betul Cik Ju! Sebab dia sibuk keluar lagi, tapi dia kata barang dapur dah habis, so nak buat mcm mana kan, nak tak nak kena keluar lah. Habis, nak makan apa dekat rumah kalau semua barang dah habis?  Sekali masa beratur, ada pulak seorang wanita cina tiba-tiba jatuh dan pengsan. Tiada siapa yang peduli dan tiada siapa yang berani dekat dengan wanita itu.

Kawan Cik Ju cerita lama juga dia terbaring dekat situ, dalam 15 minit then ada seorang lelaki datang menghampiri dan check suhu wanita itu, bila dapat tahu yang wanita itu demam, semua orang jauh dan pergi dari situ. Kesiannya Cik Ju rasa.. tak ada siapa nak tolong! Dia terbaring je kaku kat situ.

Cuba bayangkan yang terbaring kaku tu kita? Mak aih, sedih kan takde orang nak tolong??

Tapi apa jadi dengan wanita itu pun Cik Ju tak tahu sebab kawan Cik Ju terus keluar dari mall tu. uish risau lah, tak payah tahu lah sampai akhir cerita wanita tu, yang penting selamatkan diri dulu.

1 lagi benda yang Cik Ju nak tekankan, kalau korang keluar pakai face mask sekalipun, belum tentu lagi selamat sebab kerana sentuhan juga boleh menyebabkan penyebaran covid-19. Ha wanita cina yang pengsan tadi pun pakai mask. Tapi terkena juga..so bahaya kan?

Dalam hal ni mommies kena main peranan, jangan sesekali benarkan dan biarkan anak serta keluarga uols keluar dari rumah. Sekarang ni waktu kritikal. Apa yang kerajaan buat tu memang tepat, ini semua untuk kita, untuk Cik Ju, untuk mommies, anak-anak, keluarga dan seluruh dunia.

Dalam masa 2 minggu ni sahaja kita elakkan daripada berjumpa dengan orang ramai, sebab rantaian covid-19 akan tersebar dengan lebih luas kalau korang jumpa orang ramai, korang tak tahu siapa pembawa virus di sekeliling korang? So better don’t.

Tapi kalau korang rasa tak sedap badan dan perlu buat saringan, make sure korang betul-betul sakit. Jangan pergi ke hospital kalau keadaan masih lagi terkawal. Tapi perlu ingat, kalau korang pergi, peluang untuk dijangkiti virus covid-19 itu tinggi sebab semua yang datang hospital tu memang sakit.

Bukan Cik Ju nak halang masing-masing ke hospital, memang perlu korang buat rawatan dan menjalani ujian saringan, tapi pastikan yang korang memang ada simptom-simptom tu. baru lah pergi.

Once nak keluar dari rumah, atau ke hospital, korang kena ingat orang yang tersayang menunggu di rumah, dan korang mampu membawa balik virus untuk mereka pula. Kesian kan? Kalau ada anak kecil mesti lagi rasa bersalah kalau benda ni berlaku pada family korang sendiri.

Jangan cakap Cik Ju ni asyik membebel sebab Cik Ju tengok ramai yang masih tidak sedar walaupun PM dah buat perutusan khas semalam supaya semua orang duduk di rumah dan jangan pergi mana-mana.

Kerana kedegilan pihak tertentu yang masih lagi keluar dari rumah, banyak pihak terutamanya doktor terpaksa kuarantinkan diri dari keluarga sendiri.

Macam kawan Cik Ju, Dr Khadijah Ismail yang ada anak kecil, kesian anak kecil dia menangis kerana nak peluk ibunya, tapi tak boleh sebab ibunya yang bekerja sebagai doctor terpaksa kuarantinkan diri, kerana baru je lepas merawat pesakit Covid-19. Dia mampu tengok je anak dia nangis, tengok je dari cctv yang dipasang di rumah suaminya main dengan anak dia.

Luluh hati Cik Ju melihat keadaan Dr Khadijah, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Waktu-waktu sebegini, usah lah pentingkan diri, Cik Ju merayu sangat pada semua.

Tekanan macam ni lah akan menimpa Dr Khadijah dan kakitangan hospital yang lain, so kita sebagai masyarakat perlu mengambil langkah yang bijak, kalau terdapat symptom yang membimbangkan, apa yang perlu dilakukan adalah korang perlu hubungi pihak Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) di talian 03-8881 0200; 03-8881 0600; 03-88820700 untuk buat screening dulu sama ada korang betul-betul dijangkiti atau tidak. Jika positif, korang akan terus dikuarantin.

Sebab kalau korang terus pergi ke hospital tanpa mendapatkan saringan daripada CPRC, korang mungkin boleh menjadi mangsa covid-19 yang seterusnya.

Sebab hospital terlalu ramai orang yang bermacam-macam penyakit, dengan covid-19, pesakit yang memerlukan rawatan ICU, so takkan korang nak menjadi mangsa yang seterusnya, elok tak ada apa-apa penyakit tapi ibarat datang serah diri cari penyakit.

So guys, please stay at home dan jangan keluar! Layan Netflix or movie dalam astro, okay kens?