Please wanita-wanita di luar sana, tolong jangan sidai pakaian dalam korang dekat luar rumah kalau korang tiada di rumah.

Sebab apa Cik Ju cakap macam ni? Sebab ada kes baru-baru ni di mana seorang lelaki bujang berusia 51 tahun kemaruk seks, dia pergi curi 10 seluar dalam milik seorang suri rumah di sebuah taman perumahan di Kelemak, Alor Gajah. 

Cik Ju bila baca benda macam ni, memang sangatlah beremosi, Cik Ju sangat tak boleh terima! 

Bujang, 51 tahun, gila kan benda macam ni terjadi, baya-baya atauk dah tu..bertaubatlah pakcik.

Well, suspek mencuri seluar dalam mangsa berusia 31 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah. 

Sumber : Harian Metro


Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa menyedari beberapa pakaian dalamnya yang direndam dalam mesin basuh di belakang rumahnya hilang ketika ingin membasuh pakaian pada jam 7.40 pagi itu.

Menurutnya, mangsa turut memaklumkan ada mengalami perkara yang sama pada 6 Februari lalu.

“Mangsa kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (cctv) yang dipasangnya di belakang rumah. Suspek dilihat masuk ke belakang rumah dengan memanjat pagar sebelum menyelongkar mesin basuh.

“Mangsa membawa pita rakaman berkenaan ke IPD semasa membuat laporan polis,” katanya. 

Mangsa juga mendakwa telah kehilangan seluar dalam sejak November lalu. 

Berapa banyak pakaian dalam yang mangsa ni hilang?? Cik Ju mula lah tak boleh berfikir dengan waras tentang pakcik kurang sihat ni. 

Tapi ketika ditahan, rupanya terdapat pakaian dalam wanita lain yang turut dicuri termasuk seluar dalam dan anak baju yang sudah disarungkan pada bantal.

Arshad berkata, suspek yang beralamat di Gombak Utara, Selangor mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama, masing-masing kerana kesalahan pecah rumah dan ugutan jenayah.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine dan dipercayai terbabit dalam dua kes liwat di Gombak sebelum ini tetapi kes berkenaan belum dibicarakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua- duanya sekali,” katanya.

So girls, please jaga benda-benda sensitive ni, dicuri, dibomoh, haa tak pasal-pasal mengundang masalah negara. 

Minta jauh!