Walaupun langkah menu ni banyak sikit, tapi hasilnya dijamin puas hati dan sedappp.

Ada yang mengidam mee rebus ke? Atau saja nak ubah selera pada hidangan yang memang femes kat Johor ni? Sis share resepi ni untuk korang try.

Langkah dia memang banyak sikit, tapi hasilnya dijamin puas hati 😊 Ada beberapa teknik yang diperlukan untuk membuat mee rebus asli Johor tapi kalau ikut langkah-langkah ni dengan betul, bereh boh.

Let’s check it out! 

Bahan – bahan:

  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 3 biji bawang merah, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering:

  • 1/2 cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Hiasan:

  • Tauhu yang digoreng, dipotong kecil
  • Daun sup, dimayang
  • Bawang goreng
  • Telur rebus, dibelah dua
  • Lada hijau, dipotong bulat
  • Taugeh, dicelur
  • Limau kasturi, dibelah dua

Cara Penyediaan:

1. Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:

  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
  • Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing.
  • Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

2. Cara-cara untuk Kuah:

  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
  • Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
  • Masukkan rampah kari kacau rata
  • Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
  • Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

3. Cara untuk menghidang:

  • Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
  • Tuangkan kuahnya.
  • Kemudian, hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
  • Siap!