Musim pandemik ni, kesihatan diri memang kena jaga betul-betul. Bukan sekadar keselamatan daripada segi pakaian – mask, sanitizer dan sebagainya, tapi juga daripada segi pemakanan.

Kalau sebut pasal breakfast atau sarapan ni, memang orang Malaysia ni terlampau mewah sangatlah. Nasi lemak, kuih muih, roti canai, malah nasi berlauk pun dah boleh dapat untuk sarapan.

Jadi hari ni, sis nak share dengan korang 3 resepi menu sihat yang dikongsikan sendiri oleh pakar pemakanan di bawah kempen farmasi Alpro yang kena korang try dekat rumah.

1. Roti Wholemeal Sarang Burung – Nor Anieza Abas

Resepi ni diinspirasikan daripada hidangan roti canai sarang burung yang pernah viral tahun lepas. Dengan sentuhan daripada pakar pemakanan, menu baru ni lebih sihat sebab rendah kalori dan kurang lemak, sesuai untuk semua lapisan golongan masyarakat.

2. Thosai Diet Sihat – Deva Bhargunan

Kalau pergi mamak, tak sahlah tak order thosai kan? Tapi thosai mamak dengan thosai daripada pakar pemakanan Deva ni berbeza tau sebab kandungan karbonya lebih rendah. Penggunaan tepung beras dengan supplemen makanan Metabolic Sauver pula jadi pembantu untuk kawal kadar gula dalam darah pesakit diabetes.

3. Mee Kolo Ayam – Ivy Hew

Sebut mee kolo tahu dah kan daripada mana menu ni diinspirasikan. Dengan guna bahan-bahan sihat macam dada ayam, sayuran dan minyak zaitu, mee kolo ayam ni sangat seimbang nutrisinya. 

Selamat mencuba!

Maklumat lanjut boleh layari https://www.alpropharmacy.com/