Kalau korang tanya Kak Jah apakah snek kegemaran Kak Jah, jawapannya ialah sengkuang colek. Arwah opah Kak Jah dulu selalu betul buat sengkuang colek atau ada jugak orang panggil sengkuang calit pastu kitorang duduk makan beramai-ramai.

Setiap kali makan ni, memang Kak Jah akan teringat dekat arwah opah dan kemeriahan suasana kampung tu. 

Ada sesiapa yang macam Kak Jah jugak ke, suka sangat sengkuang colek ni? Haaa moh ler buat sendiri. Senang aje tau, paling penting ia mengimbau memori!

A hand holding a slice of pizza on a paper plateDescription automatically generated

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 1 biji sengkuang (Dikupas kulit)
  • ½ cawan kacang goreng tumbuk
  • 1 sudu makan bijan (Digoreng tanpa minyak)

Bahan B (Sos)

  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan 
  • 1 sudu makan sos petis (otak udang) 
  • 3 sudu makan gula 
  • ½ cawan kicap lemak manis 
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara-cara:

Hiris sengkuang setebal ½ inci. Basuh dan tuskan airnya. 

A close up of a plate of foodDescription automatically generated

Resepi sos:

  1. Masukkan cili api, belacan, sos petis, gula, dan kicap ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. 
  2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali dan masakkan sehingga mendidih. 
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau rata sehingga pekat. 
  4. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan. 

Tuangkan sos di atas sengkuang. Taburkan kacang dan bijan goreng. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!