Setelah sekian lama, budak-budak pun dah mula bersekolah dengan norma baharu. Dan kebanyakan mak-mak ni yang risau akan sediakan bekal untuk anak-anak yang pergi bersekolah.

Tapi, kalau menu biasa hari-hari pun bosan jugak kan? nak hiburkan anak-anak, apa kata mak mak cuba menu yang lain daripada lain tapi masih kena dengan tekak anak-anak iaitu Vietnam Spring Roll.

Kredit: Healthy Nibles And Bits

Kalau nak tahu, memang senang je nak buat. Jom cuba resepi dari Cik Ain Seminit Resepi ni:

Bahan-bahan:

  • Udang 
  • Isi ketam
  • Salad
  • Lobak merah
  • Timun
  • Enoki
  • Mayonis
  • Sos pencicah thai
  • Rice paper
  • Suhun

Cara penyediaan:

  1. Rebus terlebih dahulu udang, isi ketam, enoki dan suhun.
  2. Hiris halus lobak merah, timun dan salad.
  3. Apabila semua bahan sudah tersedia, bolehlah get ready nak membalut.
Kredit: Pinterest
  1. Celupkan rice paper ke dalam air, kemudian bentangkan.
  2. Letakkan kesemua filling dan gulung rapi.
Kredit: Seminit Resepi

Sedia dihidang bersama sos thai! Mudah je kan? 

Vietnam spring roll ni nampak je macam ringkas tapi memang sangat mengenyangkan sebab kandungan dia yang serba cukup.

Selamat mencuba!