Nak sediakan minuman segar ala-ala restoran Thai? Akak kongsikan cara buat Soda Herbs yang paling mudah. Sedap and fresh gitu.  

Bahan – Bahan:

  • 1 botol air aiscream soda ~ botol besar
  • 1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
  • 2 batang serai ~ di titik
  • daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
  • 1 biji lemon ~ di hiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • ketulan ais secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
  2. Hiriskan lemon nipis-nipis
  3. Sediakan bekas yang bersesuaian
  4. Letakkan daun pudina secukupnya
  5. Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
  6. Dan di ikuti asam boi putih
  1. Kemudian masukkan buah laychee atau longan
  2. Tuangkan air aiscream soda secukupnya
  3. Letakkan ketulan ais jika suka
  4. Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
  5. Sedia di nikmati

Apa tunggu lagi gais, korang kena cuba tau!