Congrats ladies! Selepas melalui 2 bulan yang penuh pembelajaran dan first-hand experience industri penuh glam di Malaysia  melalui program ‘Kejar Kerja’, wanita-wanita muda ini telah berjaya tiba ke garisan penamat!

Program perantisan kerjasama WOMEN:girls, NIVEA dan Watsons ini direka untuk membentuk laluan kerjaya berstruktur untuk wanita muda dalam industri kreatif.

Program kejar kerja ini secara unik menggandingkan peserta dan mentor dalam bidang persolekan, fesyen, dan kecantikan untuk memberi bimbingan serta ilmu dalam industri masing- masing.

Program ini merangkumi tiga fasa – pengambilan, orientasi dan perantisan. Ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran yang direka khusus sejajar dengan trend dan keperluan dalam industri kecantikan dan kretif kontemporari.

Mentor yang terlibat dalam membimbing para peserta adalah Kim May Chee (pengasas COCOdry), Adlina Nadirah (pengasas Velvet Vanity Cosmetics), Nadia Halim (pengasas Blip by Nadia Halim), Nelissa Hilman (pengasas dan pengarah kreatif Nelissa Hilman), KF Bong (jurusolek selebriti), Melinda Looi (pereka fesyen), Warnabilla (jurusolek), Jastina ( jurusolek & pengasas J Beauty Shop), Sereen Eng (pakar rias kuku dan pengasas POSH Malaysia) dan Ummi Nasir (jurusolek san content creator).