Pada yang ingin membaiki postur tubuh, plaking adalah senaman untuk anda.
Siapa sini yang tak tau kalau senaman plank itu boleh memberikan anda bentuk badan yang ideal. Ia juga merupakan jenis senaman yang berkesan dalam jangka masa yang pendek.
Plank merupakan senaman yang mudah kerana ianya tidak memerlukan ruang yang luas dan boleh dilakukan dalam masa yang singkat iaitu antara 30 saat sehingga 5 minit.
Antara manfaat yang anda boleh dapat dengan membuat plank adalah:
Tingkatkan kelenturan tubuh
Tubuh fleksibel merupakan manfaat utama dalam plank. Ini bagi memastikan anda mampu bergerak tanpa risiko kecederaan, kaki, sakit punggung dan cepat penat ketika bersenam, penting untuk anda miliki otot tubuh yang fleksibel.
Membaiki postur tubuh badan
Plank dapat membantu memperbaiki postur tubuh. Postur yang baik membuatkan anda tampak lebih tinggi dan ramping. Ia juga membuatkan anda mampu duduk lebih lama tanpa rasa penat.
Mantapkan keseimbangan tubuh.
Senaman ini dapat membantu anda untuk berada satu posisi untuk jangka masa yang lama, secara tidak langsung ia dapat menguatkan otot di bahagian perut, punggung dan bahu. Apabila otot tubuh kuat, ia akan membantu mencipta pusat gravity tubuh yang lebih stabil untuk keseimbangan tubuh yang lebih mantap.
Kurangkan risiko kecederaan
Selain itu, senaman ini dapat membentuk otot dengan cara yang sederhana dan tak memaksa pinggul anda untuk bekerja lebih keras. Berdasarkan kajian dari American Council on Exercise, seseorang yang melakukan senaman plank secara konsisten boleh menguatkan otot dan tulang punggung.
Merenggangkan perut
Mengikut kajian sekitar 10 peratus lemak terkumpul di perut. Lemak perut (lemak visceral) adalah jenis lemak yang paling berbahaya. Pengumpulan lemak di bahagian ini berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan. Maka dengan melakukan senaman ini, anda juga boleh membentuk six pack dan membantu meningkatkan proses metabolisme badan.
Metabolisme tubuh meningkat
Jika senaman ini dilakukan setiap hari, tubuh akan membakar kalori lebih banyak daripada melakukan sit up dan sebagainya.
Kedudukan senaman plank
- Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan sejajar dengan siku.
- Dengan menggunakan tangan, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus.
- Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
- Kekal di dalam posisi ini selama 30 saat ke 1 minit.
- Ulang 5 – 6 set.