Tak Mampu Jaga Sebab Masalah Ekonomi, Nota Yang Ditinggalkan Bersama Bayi Ini Undang Sebak

“Kami mohon maaf kerana tidak dapat membesarkan Muhammad Arif atas sebab ekonomi. Kami mohon sesiapa yang dapat dan sanggup membesarkan dia. Kami sangat-sangat berterima kasih.”

Itu nota yang dijumpai bersama seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi pagar masjid di Shah Alam.

Dalam satu video yang dimuat naik di salah satu akaun TikTok, bayi yang lengkap berpakaian ditinggalkan bersama tisu basah dan susu itu telah menarik simpati ramai pihak yang faham tentang situasi yang berlaku.

Antara komen-komen pengguna media sosial: “Kita tak tahu apa yang mak ayah bayi ni hadapi tapi dari apa yang dilihat bayi ni bersih. Ada juga susu. Sebab utamanya ialah faktor ekonomi.”

Tidak dinafikan, dalam keadaan yang serba mahal ini ramai yang hidup susah. Jadi kalau korang tahu sesiapa yang susah sama-samalah kita bantu ya.

Video: TikTok boboy