Apa yang paling penting bila pakai kad kredit ialah DISIPLIN!
Kad kredit? Sis percaya ramai yang takut nak ada kan? Terutama bila dengar atau baca cerita tentang salah guna and akhirnya hutang keliling pinggang. Tapi sebenarnya bila kita ada kad kredit ni kita perlu DISIPLIN kan diri! Supaya kita dapat gunakan hanya untuk kecemasan sahaja.
Sebelum itu, jom kita baca kisah daripada sis Irda Garmin yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun menggunakan kad kredit tanpa dikenakan interest.
First thing first, korang kena pilih bank yang kesesuaian anda. Seperti Irda, dia bersungguh-sungguh untuk apply kad kredit bertujuan untuk dapatkan saving dari gaji bulanan yang ciput. Selama 10 tahun Irda menggunakan kad kredit dan sekarang dalam beg duit ada 3 jenis kad kredit serta alhamdulillah sentiasa zerorise.
Mesti korang terfikir cara Irda gunakan kad kredit ini betul? Untuk minyak kereta, Irda gunakan Petronas Maybank kad untuk dapatkan rebate petrol. Menggunakan kad kredit ini juga boleh dapat tiket wayang beli satu percuma satu (cawangan terpilih) atau diskaun tiket wayang RM10 untuk satu kepala di TGV. Irda gunakan kad ini lebih kepada lifestyle. Banyak juga merchant bagi diskaun pada pengguna tetapi Irda sendiri prefer untuk guna hanya dua jenis ini sahaja. Lebih mudah untuk Irda kawal.
Untuk setiap perbelanjaan, Irda akan record Tarikh masuk billing, (selalu periksa akaun Maybank2u). Tidak kisah Irda sesibuk mana, part ini Irda jaga sebab Irda memang ada diari untuk record segala perbelanjaan dan income. Jadi bila dah masuk dalam Maybank2u Tarikh swipe, setiap 20 hari dari Tarikh itu, Irda akan make sure bayar penuh untuk that transaction. Amik la mana-mana duit dulu untuk bayar! Dan so far Irda memang tak pernah kena interest walaupun dah guna kad Maybank lebih dari 3 tahun.
Selain itu, Irda guna kad infinite Cimb preferres kalau nak memanjakan mak shopping, spa atau makan di restoran mewah. Sebab ini adalah kad VIP yang mana banyak merchant yang Irda tak boleh dapat banyak benefit dengan menggunakan kad ini. Kegunaan kad ini pun lebih kepada lifestyle.
Irda gunakan kad ini untuk buat easypayment scheme with zero interest untuk belikan mak perabot baru, belikan mak barang elektronik baru. Sebelum itu, korang boleh check dulu apa kelebihan kad kredit tersebut di website tertentu okay. Yelah, kadang-kadang kita sebagai anak ni pun semput juga bab kewangan ni hehe jadi bila guna easypayment memang confirm zero interest bila bayar sebelum due date. Sebab kita ni kalau ada tunai pun sayang nak beli barang-barang ni jadi baik simpan duit tu dalam fixed deposit, tabung haji mahupun ASB then boleh jana dividend walaupun sikit. Jadi pakai kad kredit dulu pastu bayar monthly without interest!
Seterusnya kad Cimb Platinum mastercard. Irda gunakan untuk beli barang dapur di Tesco, Giant atau AEON terutama untuk rumah mak. Sebenarnya Irda nak tukar kad ini kepada cash rebate, senang nak dapat rebate dengan mana-mana pasaraya yang ada. Tapi kad ini pun boleh kumpul point and boleh dapat hadiah.
Macam Irda bagitahu tadi, pakai kad kredit ini kena DISIPLIN! Itu paling penting. Kalau tak disiplin, jenis pakai and bayar hanya minimum atau bertangguh, Irda tak galakkan okay! Sebab kelalaian ini boleh buatkan nama korang blacklist. Jangan pakai kad kredit ii untuk nampak bergaya tapi papa.
Gunakan facility bank ini sesuatu yang boleh membantu kita bukan menghantui atau buat tidak tidur lena kerana terbeban hutang. Nak bershopping boleh tetapi ikut pada kemampuan kita. Jangan sesekali ikut nafsu membeli dan akhirnya terbeban dengan hutang kad kredit! Membeli sesuatu bukan untuk menunjuk-nunjuk ye. Gunakan kad kredit untuk kita boleh rolling income pada benda lain terutama kita yang jenis makan gaji yang sentiasa out cash flow.
Sumber : https://irdagarmin.blogspot.com/2017/02/pengalaman-menggunakan-credit-card.html