Ketahui tips terbaik untuk berhadapan dengan bakal majikan dan merebut kerjaya impian.
Menjadi impian setiap graduan untuk membina kerjaya dalam bidang yang diminati. Namun begitu, melangkah ke alam perkerjaan cukup berbeza berbanding waktu study. Ramai yang ternanti-nanti nak sampai ke fasa ni dan tak kurang juga mereka yang takut nak menempuhi cabaran job hunting. Bagi mengelakkan stress dan krisis sepanjang ujian ni, korang kena ada perancangan yang menyeluruh. Lepas dipilih sebagai calon, apa yang korang patut buat? Follow je tips dekat bawah ni, mesti korang akan ace interview tu nanti!
- Pastikan semua dokumen lengkap
Sebelum sesi temuduga, korang kena pastikan semua dokumen yang diperlukan cukup sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum interview. Nak senang buat je banyak copy so ada back-up kalau apa-apa terjadi. Rajinkan diri untuk edit resume supaya bersesuaian dengan setiap jawatan yang korang minta, jangan gunakan satu resume yang sama untuk apply semua kerja. Highlight kelebihan korang untuk job tertentu. Contohnya, kalau korang apply kerja sebagai penulis, korang patut fokus kepada pengalaman atau pencapaian dalam bidang penulisan berbanding bidang lain.
- Praktis, praktis, praktis!
Perasaan gemuruh tu perkara biasa yang semua calon akan rasa sebelum temuduga tapi dengan praktis yang cukup, korang boleh overcome perasaan negatif tu. Body language dan gaya percakapan adalah perkara yang bakal majikan akan notice, so ni antara cara terbaik untuk korang tonjolkan diri. Sebelum interview, luangkan masa untuk mencari common questions dan bayangkan korang dalam sesi temuduga. Latih diri berinteraksi dihadapan cermin sampai korang rasa tak kekok dan selesa. Baru nampak confident dan natural masa sesi interview sebenar nanti!
- Buat homework tentang jawatan
Kaji tentang industri, jawatan dan syarikat bakal majikan korang. Selain pengetahuan am yang luas, sedikit insight tentang jawatan tu akan membuka minda korang untuk memberi jawapan, pandangan atau idea relevan semasa perbincangan didalam bilik temuduga. Persediaan mental ini juga penting untuk mengasah critical thinking dan problem solving skills korang semasa interview. Penemuduga akan hargai calon yang tidak pasif dan teragak-agak semasa sesi soal-jawab. Percayalah, korang takkan rugi sikit pun bila buat homework untuk interview.
- Ketahui potensi diri dan selling point
Korang mesti tahu kelebihan dan kelemahan pada diri korang sendiri. Berdasarkan pengalaman, rangka sebuah strategi dengan menonjolkan ciri-ciri terbaik yang selari dengan jawatan yang korang apply. Shift fokus temuduga kepada kelebihan korang tapi jangan sembunyikan kelemahan diri pula. Jujur dengan kelemahan diri akan membuka ruang untuk penambahbaikan dan mempelajari perkara baru. Jangan lupa berikan penerangan yang jelas dan meyakinkan. Paling penting, tunjuk minat yang tinggi terhadap jawatan dan tanggungjawab yang bakal dipikul.
- Jaga keterampilan diri
Temuduga pun macam temujanji juga. Korang perlu impress bakal majikan dengan penampilan yang kemas dan professional, baru nampak bersedia untuk jadi orang berkerjaya! Selalunya kod pemakaian masa interview adalah office wear atau formal attire. Padankan kemeja atau blouse berwarna putih/rona neutral dengan skirt/slacks dalam warna yang lebih gelap. Lengkapkan outfit korang dengan aksesori yang minimal serta kasut kulit bertutup atau heels yang sopan. Kalau nak pakai blazer pun boleh asal saja korang selesa.
- Hadir awal untuk interview
Malam sebelum temuduga, korang sepatutnya dah siap semua perkara atau barang penting yang diperlukan keesokan harinya. Sehari sebelum temuduga adalah masa untuk korang rest and revise; double check semua dokumen, pakaian dan plan perjalanan. Jangan berjaga sehingga lewat malam! Bangun awal supaya korang boleh hadir on-time untuk temuduga tu. Kegagalan untuk mengatur perjalanan dan kelengkapan untuk temuduga boleh menyebabkan stress. Ingat, jangan kelam kabut atau semua akan jadi tak tentu hala. Apa yang pasti, jangan lambat!
- Jadi diri sendiri dan sentiasa positif
Tips terakhir ni cliché tapi essential. Percaya dengan kebolehan korang sendiri untuk tampak lebih berkeyakinan. Macam mana nak convince bakal majikan kalau korang tak boleh convince diri sendiri? Datang temuduga dengan mentaliti positif dan penuh semangat. Jangan malu untuk bagi kata-kata perangsang pada diri sendiri! Berdasarkan kajian, bercakap pada diri sendiri tentang matlamat diri boleh memberi semangat pada korang untuk mencapainya. Mulakan temuduga dengan memperkenalkan diri dan akhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua yang berada di dalam bilik temuduga. Percayalah bahawa keunikan dan attitude positif korang pasti memberi impak yang bermakna kepada bakal majikan.
Tak perlu resah untuk menghadapi interview lagi. Jadikan 7 tips ini sebagai guide dan pasti korang akan dapat berita gembira selepas interview nanti. Good Luck!