Nak kekal cantik dan seksi walaupun tubuh gempal? Ikut cara ni…

Secara mudahnya, kasut yang sesuai akan menjadikan uols individu paling yakin ketika melangkah, malah kasut yang bertepatan dengan cita rasa membantu uols menguasai setiap keadaan yang dihadapi setiap hari.

Oleh sebab itulah ada wanita sangat teliti memilih kasut yang mahu diselaraskan dengan penampilan harian, lebih-lebih lagi jika menghadiri temu duga kerja yang penting.

Dan jangan cakap wanita bertubuh gempal tidak boleh bergaya!

Kredit: Hijab&Heels

Tidak susah jika uols tahu apa yang mahu dipakai di kaki, tanamkan dalam fikiran bahawa uols sendiri yang membentuk gaya dan bukan gaya yang mempengaruhi uols.

Pembuat kasut tersohor, Christian Louboutin pernah berkata kasut berupaya mengubah bahasa badan dan jati diri, selain kasut juga mempengaruhi tahap psikologi dan emosi pemakainya. 

So ikut tips ni! 

1.   Pilih kasut berwarna gelap dengan tapak sederhana tinggi – pastikan di rak kasut anda ada sepasang kasut berwarna gelap bertapak nipis atau setinggi dua inci untuk tujuan dipakai ketika menghadiri acara atau majlis formal.

2.   Kenali bentuk kaki – Ada kaki berpotongan A dan ada juga yang berpotongan B. Bagi yang berpotongan A, lazimnya ia runcing pada bahagian hadapan dan bagi yang berpotongan B, bentuknya agak lebar. Jangan tersalah pilih kasut agar kaki tidak sakit dan selesa ketika melangkah.

3.   Elakkan memakai but kerana but akan menampakkan kaki individu bersaiz gempal makin besar dan janggal.

4.   Kasut bertutup penuh akan membuatkan anda tampak sopan, baik kasut yang bertumit sedikit tinggi atau bertapak baji.

5.   Kasut bertapak baji paling sesuai untuk individu bersaiz gempal.

Kredit: NSTP

6.   Jika mahu tampil selamat, pilih kasut berwarna tanah atau bumi, namun jika mahu menyuntik kelainan dan mahu menarik perhatian, sarungkan sepasang kasut bernatar neon seperti hijau atau merah jambu.

7.   Sekiranya membeli kasut baharu, kunjungi tukang kasut untuk menambah tapak tambahan bagi mengekalkan tapak asal kasut.

8.   Simpan juga sepasang dua sandal warna lembut supaya anda boleh menyarungkan ketika terdesak atau buntu bagaimana mahu menggayakan seluar denim dengan kemeja T atau sarung ikat dengan kurung kedah.

Semoga bermanfaat!

uols mungkin berminat baca:
5 kebaikan makan jamu di usia muda
Tak mampu beli mask, orang asli Mexico anyam sendiri guna daun