Masker Tomato yang boleh membantu dapatkan kulit selembut bayi.
Masker tomato, salah satu skrub yang sis selalu buat sebab of coz senang kan! Make sure before korang buat ni, jangan ambil tomato yang kat dapur tu. Bising lak orang tua tu hahah Baru nak masak dah gone! Korang beli lain tau.
Sis suka masker tomato campur dengan gula sebab dapat membantu kulit kita lembut dan me-nyah-kan bintik hitam yang degil ni haha Tapi kali ni kita cuba masker yang lain pulak okay? Jimat itu sudah pasti! Buat ni korang tak perlu ambil masa yang lama pun hanya 10 minit dan dapatlah hasil yang korang inginkan! Jom cuba :
Masker Tomato
Bahan-bahan :
- Tomato
- Susu segar (pilihan)
Cara buat :
- Tumbuk tomato sehingga ¾ hancur. Letak sedikit susu pada tomato tadi dan kacau guna sudu sehingga sebati.
- Kalau pes terlalu pekat, tapis keluar airnya. Jangan buang, anda boleh minum air tersebut, sedap!
- Boleh letak kejap kat peti ais jangan sampai beku, biarkan sejuk ala kadar. Bila sejuk, ia dapat kecilkan liang roma masa buat treatment muka nanti.
- Tepek kat muka lebih kurang 20 ke 30 minit. Kemudian basuh dengan air bersih.
Jangan cakap sis tak belanja tips ya hehe Kornag boleh cuba buat skrub ni dalam seminggu, 2 atau 3 kali sahaja. Dan bagi mereka yang mempunyai kulit muka kering tak digalakkan sebab risau kulit muka akan menggelupas dan menipis. Selamat menCUBA!