Tak salah kalau sekali sekala nak melawa sempena salah satu hari penting anda! 

Masa sis dah habis belajar and part nak convo tu paling tak sabar! Sampai minta cuti seminggu ye haha Boleh la spend time dengan keluarga, kawan dan mereka yang banyak tolong. Tapi tak lupa persiapan hari graduasi! Seperti baju apa, makeup look, penginapan dan macam-macam lagi la. Sebab sis suka yang simple so sis belajar sendiri kat youtube and buat latihan. Jadinya ini ada sis jumpa satu makeup look simple and tampil fresh yang korang boleh cuba! Sesuai sangat dengan korang yang masih berjinak dalam dunia makeup hihi 

Langkah pertama ialah sapukan pelembap atau moisturizer dulu. Macam dalam video ni, dia menggunakan Facial Moisturiser’ daripada Lush. Sapukan ke serata muka sehingga pelembap tadi serap dengan baik ke dalam kulit. 

Langkah kedua ialah sapukan bedak. Seperti dalam video menggunakan M.A.C Powder Foundation. Boleh sapukan guna berus mekap dan ratakan ke seluruh muka. 

Langkah keempat ialah lukis kening. Dalam video ini, menggunakan Anastasia Beverly Hills Brow Wiz (Chocolate). Lukis kening yang bersesuain dan fill in the color dan kemaskan dengan berus belakang tu okay. Simple! 

Langkah seterusnya ialah lashes. Seperti dalam video, menggunakan Pixi Lower Lash Mascara. Tengok dia punya mascara tu, nampak buu mata tu lagi lentik dan Panjang dan masih nampak natural look. 

Seterusnya ialah blusher. Part favorite untuk semua perempuan hehe Dalam video, menggunakan M.A.C. Powder Blush (Fleur Power). Untuk bagi nampak pipi pink gitu dan berseri. 

Seterusnya ialah highlight. Dalam video menggunakan BECCA Shimmering Skin Perfector (Moonstone). Letak sedikit di bawah mata dan blendkan. Nampakla gliter sikit2 dan fresh. 

Step terakhir ialah bibir! Taknak la masa graduation, bibir pucat macam orang sakit. Jadi dalam video, menggunakan Rosebud Salve. Sesuai untuk natural and pinkish look. Bibir nampak pink, nude and fresh. 

Dan finish look! Kalau siapa yang tak pandai dengan makeup, boleh buat graduation easy look ni! Atleast tak nampak muka tu pucat dan selekeh hihi 

Selamat mencuba! Dan tahniah pada semua pelajar yang bakal menghadiri hari graduasi. Jangan lupa untuk ambil banyak-banyak gambar dengan keluarga, tenaga pengajar dan kawan-kawan. Enjoy! 

Sumber video : https://www.youtube.com/watch?v=YYhY7x0w8wI