Sis bagi amaran manja-manja kat korang…masak nasi lebih sikit kalau buat kerabu ni, takut tak cukup.

Walaupun ringkas, kerabu ni adalah ‘besties’ nasi panas. Sure tak nampak mak mertua lalu kat belakang.

A plate of food with rice and broccoli

Description automatically generated

Bahan A:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 5 daun helai limau purut
  • 5 batang kacang panjang
  • 6 tangkai cili padi
  • 2 batang serai

Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing.
  2. Hiris halus kesemua bahan selebihnya. 

Bahan B:

  • 1 biji lemon
  • 6 biji limau kasturi 
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Sedikit gula dan garam

Penyediaan:

  1. Perah lemon dan limau kasturi.
  2. Satukan jus perahan bersama sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
  3. Letakkan ikan bilis serta semua bahan yang dihiris didalam mangkuk dan masukkan kesemua bahan B. 
  4. Kacau rata dan hidang.