Sesuai diamalkan bagi mereka yang selalu merasa tertekan di tempat kerja.
Senaman berperanan penting untuk mengekalkan kecergasan mental dan dapat mengurangkan tekanan secara tidak langsung. Kajian menunjukkan bahawa ianya sangat berkesan untuk meningkatkan tumpuan, mengurangkan rasa letih dan secara keseluruhnyanya, ia meningkatkan fungsi kognitif. Ini boleh membantu menstabilkan semula tenaga apabila kita berada dalam keadaan yang tertekan atau stress, secara tidak langsung badan menggunakan tenaga yang banyak serta memudaratkan keupayaan untuk kita fokus.
Bila kita berada dalam keadaan yang tertekan, ianya akan memberi kesan kepada otak, dengan banyak sambungan saraf, seluruh tubuh merasakan kesannya juga. Senaman dan aktiviti fizikal lain menghasilkan endorphin iaitu bahan kimia di otak yang berfungsi sebagai ubat penghilang rasa sakit dan juga meningkatkan keupayaan untuk tidur yang seterusnya mengurangkan stress.
Para saintis mendapati bahawa gerakan senaman aerobic dapat mengurangkan tahap ketegangan, meningkatkan dan menstabilkan mood dan memperbaiki kadar tidur. Kira-kira 5 minit senaman boleh merangsang kesan anti-keresahan.
Ini contoh senaman yang boleh membantu untuk kita mengurangkan rasa tertekan dan stress :
Orang dewasa disyorkan sekurang-kurangnya 2 ½ jam aktiviti fizikal dengan kadar intensiti sederhana seperti berjalan pantas setiap minggu, 1 ¼ jam aktiviti dengan kadar intensiti intensif seperti jogging atau berenang atau gabungan kedua-duanya.
Ini tip yang boleh membantu korang untuk memulakan hari anda.
- 5 x 30 : Jogging, basikal, atau menari tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit.
- Tetapkan matlamat harian dan tujuan untuk membuat secara konsisten. Lebih baik berjalan setiap hari selama 15 – 20 minit daripada menunggu hujung minggu untuk marathon bersenam selama 3 jam.
- Cari latihan atau senaman yang menyeronokkan. Mereka yang extrovert lebih gemar menyertai kelas ataupun aktiviti kumpulan. Manakala mereka yang introvert pula lebih suka bersendirian seperti berlari atau jogging sendirian.
- Ramai orang rasa lebih seronok untuk bersenam sambil mendengar lagu. Jadi anda boleh muat turun lagu yang disukai dan dengar semasa anda bersenam.
- Mempunyai rakan senaman! Lebih mudah untuk mengekalkan rutin senaman apabila anda perlu komited kepada rakan senaman.
- Apabila anda memulakan senaman baru, anda perlu bersabar! Kebanyakan orang yang tidka aktif memerlukan sekitar empat hingga lapan minggu untuk membiasakan dengan diri, selesa dan menjadikan senaman itu lebih mudah.