Siapa kata kalau pipi comeyy tak boleh gayakan shawl.
Kalau korang tanya gegirls yang berpipi chubby ni dorang prefer pakai bawal ke shawl, mesti dorang jawab bawal. Sebab if pakai shawl especially dengan pin, mesti nampak bulat je muka tu. So that’s why most of them suka pakai bawal. Bawal boleh tutup pipi tembam katanya….. So post kali ni sis nak share tutorial pakai shawl untuk gegirls especially yang berpipi tembam. Nak tahu? Jom mula!
Apa Yang Diperlukan?
- Inner neck
- Shawl
- Pin / Jarum
Langkah 1:
Pakai inner neck. Pastikan sebelah kanan shawl panjang dan kiri shawl pendek. Pinkan di bahagian belakang tengkuk.
Langkah 2:
Pinkan sebelah shawl yang panjang tadi tu dekat sebelah atas kepala. Pastikan korang pin tu selari dengan mata korang. Ni penting supaya pipi korang tu nampak lah tinggi sikit bila pin selari dekat mata tu. Kuranglah nampak chubby nya tu haha.
Langkah 3:
Lilitkan side yang panjang tu ke atas kepala dan pinkan di tempat yang korang pin dalam langkah 2 tadi.
Langkah 4:
Kemaskan bahagian depan shawl dan selebihnya pinkan dekat mana yang patut seperti dekat bahu korang untuk elakkan shawl tu jatuh ke bawah. Boleh adjust ikut stail korang asalkan muka tu tak nampak chubby. After dah siap, you are ready to go!!
Hopefully korang belajar benda baru dari post ini. Lepas ni tak payah dah insecure takut pipi nampak chubby bila pakai shawl. Hari – hari boleh pakai shawl lepas ni. Yeay! Till next time, bye!!
Kredit: Aisha Liyana (Youtube)